TANGKAK TRAVEL SERIES (EPISODE 1)

TANGKAK TRAVEL SERIES : GUNUNG LEDANG




Hello guys!
Okay chill-chill, amacam dah baca ke belum prolog aku? Hah, kalau belum baca better korang back and baca dulu prolog sebelum aku merajuk and tak nak sambung series ni.

Alright, untuk first episode ni aku nak bawa korang pergi tempat paling common dekat Daerah Tangkak, cuba teka apa dia? Yup, the answer is Gunung Ledang!

Korang tahukan tentang kisah Puteri Gunung Ledang? Okay, harini aku tak nak cerita pasal tu.
First, aku bagi gambaran kasar macam mana bentuk Gunung Ledang ni.

Inilah view aku tiap-tiap hari dari kecil sampai sekarang,cantikkan?

Ni aku nak bagitau korang,kalau korang stay dalam Daerah Tangkak memang aku gerenti view ni takkan terlepas dari mata korang, cuba bayangkan dari pagi sampai malam kau hadap je gunung tu, peh feel dia lain macam bro! Fun fact, kalau korang naik menara Taming Sari dekat Melaka korang boleh nampak a glimps of Gunung Ledang tau!

Okay habis, seterusnya aku akan bawa korang tengok macam mana keadaan bila dah tiba dekat gunung tu,tak sabarkan? Ya aku pun sama, jom!

Hah,inilah convoy aku dengan member aku ke Gunung Ledang! Jangan risau ini convoy halal

Okay, mula-mula kitorang bertolak dari Bandar Tangkak pada jam 1000 dan tiba di pintu masuk Gunung Ledang pada jam 1020, hah sekejapkan? ya memang sekejap sebab dari Bandar Tangkak nak ke Gunung Ledang tu jalan memang smooth je and kita hanya akan lalu satu kawasan yang bernama Sagil then tibalah Gunung Ledang!

Nak tengok tak macam mana air dekat gunung tu? Kau sabar jap.

Kawasan ni diberi nama kolam puteri tau,bukan puteri gunung ledang

Eh jap, aku terlupa nak bagitau entrance kena bayar berapa ringgit. Harga dia mur-mur je kau cuma kena bayar ikut kenderaan yang kau naik waktu tu, makin besar makin tinggi, tapi jangan risau tak jejak RM 5 pun, even bagi kenderaan yang paling besar. Kira korang bayar harga bagi parking jela.

Okay sambung, macam apa aku kata tadikan kawasan yang aku mandi tu kolam puteri. Benda first korang kena buat bila menjejakkan kaki korang di Gunung Ledang ni, korang terus cari tandas awam dekat kawasan gerai. Sebab apa? Hah, dekat dinding tandas ada tunjukkan full map Gunung Ledang tu and setiap checkpoint, takyahlah korang payah-payah nak cari tempat mandi.

Hah, benda ni paling penting kalau korang nak mandi dekat situ aku tak suggest korang mandi dekat kawasan yang bawah tu sebab air dia keruh bukan Air Keruh, Melaka ya guys. Keadaan air dia memang keruh and tak selesa nak mandi sebab crouded sangat, so apa penyelesaiannya? Aku cadangkan korang mandi dekat kolam puteri, good things mesti ada sacrificekan? Korang kena berjalan sikitlah, tapi serius berbaloi! Sebab apa aku berani kata macam ni? Sebab aku dah ada testimoni yang berjaya iaitu member aku dari Negeri Sembilan, entah berapa banyak kali dia kata berbaloi lepas dah tiba kolam puteri ni.

Hah,inilah testimoni dari Nogoghi yang aku katakan.

Sejujurnya Gunung Ledang ni memang menarik dan sesuai dilawati oleh seisi keluarga, aku cabar korang yang baca blog aku ni untuk mendaki ke puncak. Kenapa? Hah meh sini aku cerita, view dekat puncak tak kira waktu matahari terbit ataupun terbenam memang naise sampai kau boleh rasa kau bukan ada dekat alam nyata ni serius tak sembang!

Inilah sign yang terletak di puncak Gunung Ledang guys!

Aku rasa cukuplah aku membebel pasal Gunung Ledang ni guys, harap korang tertarik nak melawat ke gunung ni and pastikan korang bawa kamera sekali tau sebab memang sesuai kalau nak abadikan kenangan bersama insan tersayang, salah satu kawasan yang romantic no matter in a contex of family, couple or friends semua boleh enjoy!
jap, ada lagi satu fun fact! Air terjun gunung ledang ni berada di tempat ke-tujuh bagi air terjun tercantik sekitar Malaysia tau guys!

Hope aku dah berjaya membuatkan korang fell in love dengan Tangkak.
Apa, belum lagi?! Kau sabar jap,tunggu episode 2 hehehehe...

Korang rasa journey kita untuk second episode nanti apa pula ya? Bare with me guys,kerana segerombolan tarikan dari Tangkak akan datang menyerang korang bagi episode yang akan datang!

Me signing out!

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan