Syawal 2019 Aku!

Sape nak tau macam mana raya aku 1 Syawal 1440H / 5 June 2019 Rabu? Uish sumpah best wey. Korang patut baca cerita yang akan aku share kat bawah ni wey. Siyes mmng happy habis ah aku cakap.

Fes skali, aku nak bagi semua pembaca jelas tentang beberapa perkara. Aku slalu bercerita berdasarkan gambar. Samada aku describe setiap satu gambar tu tapi takde flow ataupun aku akan bercerita berdasarkan gambar dan flow atau timeline yang betul. Tapi kalini lain pulak. Aku akan bercerita dan cerita aku tu takde kene mengena dengan gambar. Maksud aku, gambar tu mungkin aku tengah masak ketupat tapi aku sedang bercerita yang aku tengah main mercun. Haa macam tu la. Tapi yang penting, gambar semua gambar raya pada 1 syawal. Sebernanya banyak sangat gambar yang boleh aku share kalau nak aku akan bercerita berdasarkan gambar dan flow atau timeline yang betul. Tapi ianya akan jdi complex. So kite cerita simple simple je oke?


Senyum tak perlu kata apa - apa

Bemula aku pergi masjid untuk solat aidiladha. Kiteorang memang datang awal sebab takut nnti jem reroxs bila nk parking. Memang heaven ah dtg awal sbb takyah pikir nak parking mano kan?


Mini Love

Dalam masjid kiteorang baca takbir raya sahaja dri mula masuk masjid. Jadi tak banyak bercerita dalam masjid. Adalaa aku bercerita sikit sikit ngan adik aku kat sebelah ni ha.


Apa Khabar geng?

Punya aku tengah kusyuk baca takbir raya, tiba – tiba bahu aku kena sentuh tau. Pergh terkejut aku. Ingatkan nak tegur sebab aku bawak camera masuk dalam masjid. Hahahahha. Rupa – rupanya ex junior aku wey. Hahahahaha. Seram sejuk aku di buatnya. Jadi kami bercerita panjang laa dalam masjid tu. Dan kusyuk aku terhadap takbir raya terganggu. Hahahahaha.


Tudia junior tersayang

Tu ha gambar aku ngan dia. Punya gembira dia dapat jumpa aku. Ohye! Yang paling hebat baru aku tau yang aku sekampung dengan dia. Hahahahaha. Power tak power beb?


Gerak Lu

Kemudian kami balik ke rumah dan mulakan sesi bermaafan bersama keluarga tersayang. Memang banyak la aku menangis waktu ni wey. Apa nak buat, banyak salah aku buat terhadap ibu bapa aku walaupun aku bertekad tak nak buat dah. Kadang – kadang aku memang terbuat tanpa sengaja. Tapi tu la, kite kene la minta maaf kan atas kesalahan yang kita buat kan? Dan jangan ulangi lagi. Kan?


Marhaban kita

Kemudian kiteorang pergi marhaban. Orang bandar dan orang sekarang tak buat dah benda ni. Dorang lebih suka buat open house. Kat kawasan rumah aku pun memang tak buat. Bila balik kampung baru buat wey. Ni sunnah je. Jangan risau kalau tak buat tak dosa pun wey. Tapi lebih baik buat la kan? Hehehehe.


Sedap yualss makanan!

Sebut pasal marhaban mesti best kan? Sebab dapat makan sebanyak mana kau nak dan pelbagai menu yang disediakan dan yang paling penting free. HAHAHAHAHA.


Geng mak aku

Ha ada sesi pergambaran juga tau! Tapi aku tak join laa sebab yang bergambar tu semua orang kampung. Aku nak gambar ngan sapa? Member aku tak de. Macam dalam gambar ni ada mak aku dengan geng dia. So okay la. Aku? Nak selit mana? Hahahaha. Btw best tengok dorang bergambar hehehe. Rasa bahagia tau!


Salam bersalaman dulu sebelum balik keyh?

Selepas sesi bergambar dan bersalaman, kiteorang meriahkan lagi suasana raya dengan beraya rumah sanak saudara. Kiteorang bermula dengan beraya dekat rumah yang dekat dekat dulu. Yang berhampiran tu agak agak dalam 15 buah rumah gak tu. Kemudian kiteorang beraya yang rumah jauh jauh.


Salam lewat malam geng

Tengok tu kiteorang beraya sampai lewat malam tau. Siyes aku cakap gambar ni masa jam 0100 tau. Jam satu pagi kiteorang kat kedai makan. Kiteorang nak otw balik dah time tu tapi singgah gerai jap sebab nak makan ler. Memang pengalaman yang sangat menyeronokkan beraya 20 buah rumah dalam satu hari. Hehehe. Ni gambar last aku untuk 1 syawal. Ada extras kat bawah tu. Kalau nak tau, sila lah baca yer.


Hye junior!

Keesokkannya, aku raya rumah junior aku. Wakakakaka. Masa kat masjid smalam, dia jemput aku raya ke rumah dia. Dia explain betul betul dekat mana lokasi rumah dia tanpa google map atau waze tau. Hehe. Alhamdulillah berjaya ke rumah dia tanpa sesat.


Aku harap raya tahun 2020 ni lebih meriah daripada sebelum ni. Aku harap sangat PM buat announcement yang boleh buat bergerakan rentas negeri. Dan aku harap korang juga dapat raya yang lebih baik daripada sebelum ni. InshaAllah.


Peace Out!

.
.
.
.
Follow yer account saya untuk mengikuti perkembangan terkini. Stay Tune!
Instagram
Twitter

Comment di bawah jika ada sebarang pertanyaan.

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan