On X On Broga Geng?

Hello hello hello geng! Kalau korang baca blog ni kiranya korang on ler ni kan ke Broga... ye dok?

Entry kalini aku akan ceritakan pengalaman aku tentang aku ke Bukit Broga. Sebernanya ni adalah salah satu program sekolah untuk para pengawas. Tak silap aku seramai 30 org perngawas terpilih untuk pergi ke program ni dan of course aku kene join sebab aku Ketua Pengawas (KP). 


Tekun anak - anak ni mendengar yer

Sampai je sana, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada nama masing – masing dan seperti biasa setiap kumpulan akan ade ketua kan? Rasa – rasa sape jdi ketua dalam kumpulan aku? Semua tunding jari ke arah aku ler jawabnya.


Senang jer pasang khemah

Kemudian kami di ajar untuk mendirikan khemah. Setiap khemah akan ada 10 pelajar. Percaya atau tidak rupa – rupanya ramai antara kami sudah tahu cara memasang khemah. Aku pandai pasang khemah sebab bapak aku ajar aku pasang khemah masa aku kecik lagi.


Ponat den tak habis lagi nih

Kemudian kami teruskan aktiviti kami dengan jungle trekking. Korang tau tak jungle trekking kiteorang jalan dia punya jauh! Selama 4 jam bhai perjalanan die. Mak datok! Memang berlumpur habis la pakaian kiteorang. Aku seboleh bolehnya taknak muka aku kene lumpur weyh sebab JEERAAWATT!!! Tapi apakan daya facilitator lebih berkuasa kan? Gambar di atas ni seberananya kami telah tamatkan perjalanan dan beratur mengikut team masing – masing sedia untuk … jap korang fikir sedia untuk balik? TAKDENYEEE! Sedia untuk aktiviti seterusnya.


Haa! Nak pergi mane?

Seterusnya aktivti …. Sebernanya aku lupa apa nama permainan ni. Tapi pendek kata, biasanya permainan ni main atas pasir. Buat satu bulatan lebih kurang diameter 3m. Kemudian cara bermain dia, kite kene tolak orang tu sampai keluar garisan bulatan tu. Ini antara gambar highlight semasa kami bermain permainan tu. Ada yang main sampai seluar koyak bhai. Hahahaha. Kau tau apa? TAK PAKAI SELUAR DALAM!! HAHAHAHAHAHA. Aku buat blog aku pulak gelak.


Kita semua sehati sejiwa

Pada waktu malamnya, kami ada aktiviti merapatkan ukhuwah antara kami. Memang banyak aktiviti yang kami lakukan tapi yang paling best kami menyanyi lagu. Banyak lagu yang kami nyanyikan dan antaranya lagu Achey – Yang Terindah. Lagu tu je yang aku dapat ingat apa yang kiteorang nyanyi. Memang mantul habis bhai. Bab high pitch tu takyah cakap ah memang semua barai.


Awal lagi jai. Tapi semangat!

Esoknya bermula aktiviti yang paling best antara banyak – banyak hari. Aktiviti mendaki Bukit Broga. Kami terpaksa bangun jam 0430. Bayangkan, semalam dah lah tidur lewat pastu esoknya suruh bangun awal. Pergh tak leh brain jai. Tapi apa – apa pun kami sangat bersemangat! READY SET GO!


Subuh dulu geng

Ni selepas kami sampai ke port untuk solat subuh. Kami solat subuh dekat lereng Bukit Broga. Ada antara kami yang sangat letih sebab tak biasa dengan semua ni. Ada yang hampir pengsan tak cukup stamina. Kat sini jugak kami belajar mengambil air wudhu dengan menggunakan botol spray. Kami di ajar untuk berjimat – cermat dan cara berwudhu yang betul. Kami beralaskan daun yang bersih sahaja.


SMART RUSARIANS!

Alhamdulillah kerana akhirnya kami telah berjaya menakluki Bukit Broga! Ianya mengambil masa selama 5 jam untuk mendaki bukit ni sebab perjalanannya amat jauh untuk ke puncak. Tak di nafikan juga ada antara kami yang pengsan dan menangis berteriakan nak pulang. Tapi kami semua bagi support kepada dia agar dia juga mampu teruskan perjuangan ini hingga ke puncak dan dia memang berjaya ke puncak walaupun ambil masa yang sangat lama. Tau tak sebab apa aku duduk kat depan skali? Senang je jawapan dia. Sebab aku KP dan aku akan buat war cry. Alamak! Sebut pasal war cry, aku lupa pulak nak cerita macam mana war cry tu wujud. War cry skola kiteorang wujud sbb aktiviti ni la. Next extry aku cerita oke? Sebab memang ada sejarah dia. Dan ramai nak claim yang dia yang buat war cry dulu walaupun sejarahnya aku yang buat.


Haa gelak gelak korang sebelum aktiviti

Ni aktiviti seterusnya, aku tak ingat apa nama permainan ni rasanya burung hantu kot. Permainan dia kiteorang akan di bawa ke hutan sambil tutup mata. Permainan ni dimainkan waktu malam jam 12. Kami akan ditinggalkan dalam hutan keseorangan dan berpisah daripada orang lain. Kami akan keseorangan dengan tempoh waktu tertentu seperti 1 jam begitu? Permainan ni macam – macam bunyi korang boleh dengar. Paling famous bunyi orang menjerit minta tolong dalam kesakitan dan bunyi bayi merengek waktu korang tengah duduk sorang – sorang. Permainan ni nak uji kecekalan dan keberanian kau bila keseorangan dan tiada siapa di sisi. Tengok dalam gambar ni semua happy kan? Sebab ni gambar sebelum aktivi bermula. Lepas balik je, tengok semua muka orang baraiiiiii. Lemah semangat dan sawan dan macam2 lagilah.


Sedap bang terapung?

Keesokkan harinya, kami buat aktiviti fun fun macam…. Jap sebernanya aku lupa apa nama aktiviti ni. Korang tengok lah sendiri dalam gambar tu. Fun tak kiteorang? Hehehe. Mestilah fun! Kami bukan sekadar buat aktiviti terapung atas tiub pelampung tu dan santai. Kami sebernanya ada misi yang perlu di lakukan. Salah satu highlight dia, kiteorang kene buat barisan dalam masa yang ditetapkan. Setiap barisan ada 2 puluh orang dan perlu buat dengan keadaan kami yang terabur ahli sana ke team sini dan ahli sini ke team sana dan keadaan yang panik takut kene hukuman kalau lambat dan keadaan arus air yang kuat memberi cabaran kepada kami semua. Tapi tau apa? Kami Berjaya lakukannya. Team aku laa. Team lain gagal kot? (Acah tak guna dak Ameruddin ni). Hahaha. Xde la. Fun fun jee.


Once Rusarians, Always Rusarians

Last but not least, ni lah gambar kami bersama semua. Program ni berikan pengalaman yang sangat menarik untuk aku. Banyak aku belajar untuk menjadi seorang pemimpin melalui program ni. Susah senang bersama, naik sama sama, jatuh sama sama, apa yang penting kejesama. Aku harap program mcm ni akan diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Terima kasih untuk memori yang sangat indah ni. Terima kasih
.
.
.
.
Follow yer account saya untuk mengikuti perkembangan terkini. Stay Tune!
Instagram
Twitter

Comment di bawah jika ada sebarang pertanyaan.

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan