Aku Kaki Raya Jai!

Nak sembang pasal raya ah kalini. Macam mana nk mula eh? Kita mulakan dengan bismillah akhiri dengan alhamdulillah. Aku cerita berdasarkan setiap gambar raya aku ngan member eh? Semoga korang sudi dengar.


Pagiku cerahku, matahari bersinar,

Time ni aku datang umah member aku sedia nk gerak dah. Yang sedianya aku, dia belum lagi. Aku sampai rumah die dan baru die nak mandi. Pergh. Plan kemain nak ke sana nak ke sini. Tpi last2 hampeh. Aku je beriyaa. Tpi oke lah die hidangkan aku makanan sedap sedap dan pelbagai menu yang dia hidangkan untuk aku. Air yang disediakan pun sedap.Memang cun memang padu memang mantul memang kaw arh. Ni rancangan kelas aku nak raya rumah semua member kelas. Memang syok habis ah aku cakap. Siyes siyes tak tipu. Kite teruskan gambar kedua oke?


Wa sama member wa. Cem X Cem?

Eh asal gambar lain lak? Tenang, ni collection gambar raya aku ngan member. Entry kalini takde flow tau. Aku just describe gambar setiap satu raya aku ngan member oke? Tapi pasti buat korang terhibur gak oke? Memang mantul ah time ni. Member sebelah aku tu baru lepas jogging au pastu datang umah member aku sorang lagi yang mana aku pun tengah lepak gak. Bukan lepak la, sebernanya aku tengah beraya, budak sebelah aku just singgah je. Aku ajak die raya sekali, die kata penat lah apa la. Aku pujuk punya pujuk sampai dia ikut aku, last2 dia macam oke la dia akn join tpi die nak rehat jap kat umah. Aku macam caya tak caya ah ngan die. Aku ajak die gambar gak mana tau en die tipu aku pasni tak dapat gambar dah. Last2 die memnag tak pergi pun. Duk umah je. Aih. Tapi aku enjoy ah beraya walaupun tanpa dia. Proceed next picture please.


Sedap bhai kuih raya yang dihidangkan tu

Oke gambar ni ber flow dengan gambar di atas oke? Pastu next raya rumah orang lain lak. Budak ni sama je macam aku cerita dekat gambar pertama tu. Nak raya tapi bila sampai rumah die, die baru nk gi mandi. Mak datok. Kau bayangkan? Ni lah remaja sekarang. Tapi aku special case. Aku rajin. Hehehe. Budak yang aku raya rumah dia ni budak gamerz ah. Memang kaki game je. Time exam pun main game, kalau tak exam lagila kuat main game wey. Siyes banyak main game budak ni tapi dia pandai. So oke la kan? Die budak kelas pertama. Dia memang pandai ah. Die sekelas ngan aku. Aku suka dia sebab kalau ajak main game tak pernah lagi lah tolak. Memang mantul. Aku suka kawan ngan dia. Raya ngan dia pun best banyak je citer die wey. Korang mesti ade member camtu gak en? Oke gambar seterusnya


Terima kasih jemput kami!

Sahabat sehidup semati

Kalini aku describe 2 gambar dalam 1 perenggan tau. Tengok gambar yang atas. Aku raya rumah budak yang paling depan sekali pakai baju biru yang ambil gambar kiteorang tu. Umah die memang jauh dan terasing bhai. Rumah dia 20min dari rumah aku. Jalan ke rumah dia pun agak berbahaya lebih – lebih lagi jalan waktu malam. Tempat yang dia tinggal tu jauh daripada bandar dan kurang kemudahan yang di sediakan. Tapi tuan rumahnya memang baik sangat tau. Dia buat open house sempena hari raya. Makanan yang dia sediakan memang boek memang kaw aku cakap wey. Dan gambar kat bawah tu pula adalah batch kiteorang yang lawat rumah dia. Sebernanya ramai lagi yang lawat rumah dia cuma time tu, kiteorang je la. Sebab masing2 lawat pada masa sendiri kan. Tu la tak dapat nak kumpul semua sekali. Ye la, open house bukan dia sorang je. Orang lain pun buat open house. Masa raya rumah dia, aku memang rasa syok sangat tengok rumah dia. Bahagian luar rumah dia tak melambangkan bahagian dalam rumah dia wey. Bahagian dalam rumah dia memang nampak mewah sangat dengan lampu chandelier. Kalau korang sendiri pergi la kan, huuuu haiiiiii memang terbeliak mata wey. Siyes aku cakap. Orangnya pun baik. Gambar seterusnya!


Selamat Hari Raya daripada kami

Hari raya juga turun dikongsikan bersama dengan pihak sekolah dengan mengadakan jamuan hari raya. Jamuan hari raya kiteorang memang boek ah aku cakap beb. Kiteorang amalkan ‘’pot luck’’ au. So kalau macam tu, memang banyak sangat ah makanan dan minuman wey untuk setiap kelas. Sumpah best aku cakap wey. Pastu en, setiap kelas en memang ada tema masing - masing. Ada kelas buat tema fifa, avengers dan kelas aku memang mantul ah tahun tu. Sumpah sumpah aku cakap wey. Bukan nak claim ke apa la, tapi semua kelas datang kat kelas kiteorang wey. Kelas kiteorang wat tema “DJ Party” tapi takde unsur 18 laa dan focus pada tema hari raya dan sedikit terpesong lari dari tema raya kadang kadang. Sumpah aku cakap wey ramai budak datang kelas kiteorang dan senior yang memang tak rapat lansung ngan kiteorang pun masuk kelas kiteorang wey. Memang kelas kiteorang menari sana sini wey. Sumpah meriah habis ah aku cakap. Ada yang buat shuffle, tarian dangdut, b-boy ngan macam macam lagi ah. Kalau cerita ni memang takkan habis so kite proceed gambar seterusnya oke?


Mekan - mekan

Ni open house waktu malam kat umah kawan aku wey. Budaknya yang duduk tengah tengah tu ha pakai baju pink. Dia memang baik ah. Kiteorang malam tu makan BBQ wey! Sedap habis ah. Aduuhaii aku kalau nk describe ni memang panjang ah. Ni antara moment yang best ahh masa raya.


Masheh unutk open house malam ni!

Open house lagi waktu malam yey!! Orangnya yang lawa skali tu ha pakai baju kurung putih tudung coklat. Aku ingat lagi aku makan laksa die wey. Wey aku cerita cerita ni aku sendiri craving wey!! Sedap sangat laksa yang dia buat tu. Banyak lagi menu yang dia buat cuma waktu tu paling banyak aku makan laksa la sebab aku memang suka laksa. Sedap bhai


Pishh! Hihihihi

Ni pun open house waktu malam gak. Memang cun ah. Ni antara open house yang aku suka sangat wey. Makanan dia memang unik ah. Dia sediakan pelbagai menu yang berasaskan nasi lemak wey. Lauk dia memang banyak sangat pilihan. Tak silap aku, aku makan 3 pinggan jai! Sumpah ah. Memang sedap aku cakap ngan kau wey. Aku sampai sekarang mengidam nasi lemak dia  wey. Daknya tu ha yang sebelah kiri skali pakai kopiah.

Aku harap Raya Tahun 2020/1441H ni lebih baik daripada sebeum ni. Aku harap raya tahun ni tak terperap kat umah lah disebabkan isu dunia yang melanda tahun 2020. InshaAllah.
.
.
.
.
Follow yer account saya untuk mengikuti perkembangan terkini. Stay Tune!
Instagram
Twitter

Comment di bawah jika ada sebarang pertanyaan.

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan