PUBG MOBILE TUTORIAL; Part 3 (Throwables)

  AKU TAKTAU NAK LETAK HEADER APA SO AKU     LETAK BENDA NI JELA OK





Assalamualaikum dan selamat sejahtera gaiss.Ok kembali lagi kita ke macamana nak main pubgm?Alright dalam entry ni aku nak cerita serba sedikit pasal "throwables".Throwables ni terdiri daripada 4 benda je iaitu Flash Grenade, Frag Grenade, Molotov Cocktail dan Smoke Grenade.Setiap throwable ni mempunya fungsi-fungsi yang tersendiri dan berguna dalam situasi-situasi tertentu. Peringatan mesra,semua throwables ni berkesan terhadap enemy, TEAMMATE dan DIRI ANDA SENDIRI ya.Semua Throwables ni sangat berguna dalam "IQ play" ataupun jika anda mempunya gameplay yang strategic.Okay jom mulakan!



Kita mulakan dengan flash grenade.Fungsi flash grenade ni ialah untuk membutakan dan memekakkan orang jadi siapa yang ada dalam blast radius flash grenade ni tidak berupaya untuk dengar dan tengok untuk tempoh beberapa saat.Flash Grenade ni diperkenalkan oleh PUBGM supaya boleh digunakan oleh pemain untuk dicampakkan kepada enemy sebelum "rush" diorang terutamanya kalau diorang dalam rumah or bilik kecik.Tapi pemain PUBG ni fikir balik daripada baling kat enemy bagi buta je baik baling Frag Grenade je terus.Boleh knock terus kan? Betul jadi sebabtula Flash Grenade ni jarang digunakan oleh para pemain dan hanya digunakan untuk "trolling" sahaja.


Throwable seterusnya, Frag Grenade.Frag Grenade ni mempunyai fungsi yang luas dan boleh menjadi senjata yang amat berbahaya jika jatuh ke tangan orang yang pandai menggunakannya.Frag Grenade ni mempunyai damage yang amat tinggi kerana boleh menyebabkan semua orang yang berada dalam blast radiusnya knock ataupun terus mati dan akan "deal damage" kepada sesiapa yang berada dalam "effective radius"nya.Frag grenade ni akan meletup 5 saat selepas ditarik picunya dan ketika dibaling,ia boleh melantun.Semua ciri-ciri Frag Grenade ini boleh dimanipulasi untuk situasi tertentu dan boleh menjadi amat berguna.
Yang ketiga,Molotov cocktail.Molotov cocktail akan membakar player yang berada dalam effective radiusnya dan pemain tersebut akan dikurangkan HP (Health Points) sebanyak 10 setiap saat.Kalau korang terkena api molotov ini,jangan risau jika Hp korang full bar.Apa yang korang perlu buat ialah lari daripada api tersebut dan gunakan med kit secepat mungkin.Jika dibaling,Molotv Cocktail akan memecahkan pintu jika player yang membaling tersebut membaling kearah pintu yang tertutup.
Akhir sekali,Smoke Grenade.Smoke Grenade akan bertindakbalas 3 saat selepas ditarik picunya.Asap yang dihasilakan pula akan bertahan selama 30 saat.Smoke grenade digunakan dalam pelbagai situasi.Situasi yang paling selalu berlaku ialah apabila salah seorang daripada “teammate” kita dijatuhkan di “open ground” dan tiada cover. Smoke Gremade akan digunakan supaya pihak musuh tidak boleh mengenalpasti lokasi tepat kita seterusnya mrngurangkan kebarangkalian untuk ditembak.Tapi macam yang aku cakap kat awal entry ni,semua throwables ni boleh digunapakai dalam pelbagai situasi



Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan