IKAN 3 RASA OLEH CHEF BERCHMANS




Hello ,seperti saya janjikan nak buat blog tentang masakan ikan 3 rasa yang fresh tangkap di kolam.Ada la kadang kala saya masak tapi semua masakkan saya buat memang digemari oleh keluarga saya sebab rasa masakan saya lebih enak daripada mak saya sometimes hahaax.so macam inilah saya buat  .Cuba la kat rumah ,mana tau esok datang minang kau sebab masakan awak sedap. 

Bahan perapan ikan (ditumbuk):
– 2 hiris halia
– 3 ulas bawang putih
– 1/2 sudu kecil garam
Bahan lain untuk ikan:
¾ sb tepung jagung
Bahan kuah 3 rasa (dipotong):
– 1/2 biji bawang merah- dadu
– 1/2 biji bawang Holland- dadu
– 2 ulas bawang putih – dadu
– 2 helai daun limau purut
– 2 hiris halia- hiris memanjang
– 3 tangkai cili padi merah
– 1 tangkai cili besar hijau
– 1 batang serai- hiris serong
– 1 hiris nanas- hiris dadu
Bahan kuah 3 rasa (dikisar):
– 1/2 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang Holland
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 sudu kecil ketumbar& jintan putih
– 2 hiris nipis serai
– 1/4 hiris nipis halia
Bahan lain untuk kuah 3 rasa:
-1 ½ senduk cili kering kisar
– 1 senduk cili sos Life
– 1 sb sos tiram
– ¾ gelas air asam jawa (secubit asam jawa + 3/4 gelas air)
– 1 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar perencah Hilal

Cara Penyediaan:


1. Perapkan ikan siakap dengan bahan-bahan perapan selama lebih kurang setengah jam
2. Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan menjadikan isinya lebih rangup.
3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak
4. Setelah garing di kedua-dua belah, angkat dan toskan. Letak tepi.
5. Gunakan sedikit minyak gorengan ikan siakap tadi untuk menumis. Masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas.
6. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
7. Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.
8. Tambahkan 1 senduk cili sos Life, 1 sudu besar sos tiram
9. Masukkan air asam jawa dan kacau sekata dengan api sederhana perlahan.
10. Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal. Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
11. Akhirnya masukkan potongan nenas sebelum ditutup api. Masukkan juga sedikit cili potong tadi.
12. Siap! Sedia untuk dicurahkan kuah ini ke atas ikan siakap yang telah siap digoreng tadi.
13. Hiaskan dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis.

                                                      SEKIAN TERIMA KHASIH

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan