JUM HIKING! Tanjung Tuan, Melaka

Hobi merupakan aktiviti yang kita minat untuk lakukan. Hobi biasanya dilakukan pada waktu lapang. Setiap orang mempunyai hobi yang berbeza - beza. Ada yang minat mengumpul stem, menyanyi dan membaca. Saya juga turut mempunyai hobi. Hobi saya adalah mendaki bukit. Saya ingin kongsikan pengalaman hobi saya mendaki bukit bersama keluarga tersayang saya dan menceritakan sedikit sebanyak tentang kawasan yang saya daki ini. Selamat datang ke Rumah Api Tanjung Tuan Sebernanya ketika ini kami sudah mendaki ke puncak untuk melihat Rumah Api Tanjung Tuan. Tapi lihat, kami masih tersenyum gembira walaupun kami kepenatan. Untuk pengetahuan anda, Rumah Api Tanjung Tuan ini merupakan rumah api yang tertua di Malaysia. Struktur rumah apinya sekitar 24 meter. Bayaran untuk masuk adalah RM1. Rumah Api Tanjung Tuan ini juga merupakan tempat kegemaran penggemar dan pencinta burung kerana ia merupakan destinasi persinggahan hampir 300000 ekor burung setiap tahun. Tuudiaa Rumah Api Tanjung Tu...