WATER THEME PARK!! Dekat Bangi, Selangor

Welcome to Bangi Wonderland

Waktu ni aku baru habis SPM. Selepas 2 hari habis SPM, family aku ajak aku keluar jalan – jalan. Dah lama rasanya aku tak ke water theme park. Keluarga aku jenis yang kalau dah pernah pergi sesuatu water theme park tu, kiteorang biasanya akan cari water theme park yang kiteorang tak pernah pergi lagi.

Hensemnye

Memandangkan waktu tu aku sudah berumur 17 thn, aku boleh kata semua peringkat permainan dalam bangi wonderland tu aku boleh main. Selaluya pada waktu kecil, ada certain permainan yang kite tak boleh main sebab masih kecik lagi. Kalini aku tebus waktu kanak – kanak aku dengan main semua permainan. Aku ingat lagi ada satu gelongsor tu 60 darjah memang sangat curam lah. Aku takde gambar dia sebab guard kolam tu tak bagi aku bawak GoPro ke atas. Jadi takde gambar dia. Tapi memang best naik gelongsor 60 darjah tu. Memang extreme. Mak bapak aku pun taknak naik gelongsor tu sebab curam sangat.

Rehat sebentar

Waktu ni aku berehat kejap sebab dah penat main sana sini. Waktu ni kiteorang makan ice cream. Boleh bayang tak kiteorang dah lah tengah basah – basah tapi makan ice cream lagi. Tpi rasa ice cream tu memang sangat – sangat sedap dan menambahkan lagi rasa sedap ice cream tu bila mak bapak aku yang bayar.

Kalau korang berdiri di tempat yang betul, korang akan kena air yang banyak dari bucket tu. Aku nasib baik waktu tu takde orang nk berdiri kat situ. Hanya aku dan adik aku yang kat port tu. Jadi kami dapat rasa tekanan air yang kuat tu yang mana sangat best.

Bestnye


Aku suggest korang untuk pergi juga Bangi Wonderland ni. Memang sangat – sangat best. Aku tau ada banyak lagi tempat yang best berbanding Bangi Wonderland tapi kalau korang macam aku juga yang jenis suka pergi water theme yang belum pernah pergi aku cadangkan datang tempat ni. Aku masuk jam 1000 keluar jam 1700. Memang puas hati. Semua permainan aku dapat main.
.
.
.
.
Follow yer account saya untuk mengikuti perkembangan terkini. Stay Tune!
Instagram
Twitter

Comment di bawah jika ada sebarang pertanyaan.

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan