FAMILY DAY WEYYY!

Kehidupan sebagai seorang kadet ALAM ini agak mencabar bila soal balik ke rumah. Sesiapa sahaja yang dapat cuti pasti akan merebut peluang pulang ke rumah. Begitu lah saya. Keluarga saya ingin menyambut hari keluarga. Hari yang dipilih adalah pada hari Deepavali pada tahun 2019. Pihak ALAM memberikan cuti seminggu untuk meraikan hari Deepavali. Saya mencuri peluang ini untuk menyambut hari keluarga.

Nak makan barbeque

Banyak sangat aktiviti kami buat Bersama untuk menyambut hari kelaurga. Antaranya kami membuat Barbeque. Ini pengalaman saya untuk memasak BBQ Bersama sanak saudara yang lain. Kami masak BBQ begitu banyak seperti ayam, ikan, sosej dan juga sotong.

Huntung ler mandi kolam

Kanak – kanak sangat riang mandi kolam. Mereka bermain permainan lumba berenang, tahan nafas paling lama dalam air dan lompatan yang ada skill.

Bowling kelapa

Permainan untuk orang dewasa juga turun diadakan. Bowling Kelapa adalah permainanya. Permainan ini begitu melucukan kerana kelapa yang digunakan tidak berbentuk bulat seperti bola bowling. Sangat sukar untuk kami dapatkan strike. Bola kelapanya sentiasa melencong kesana kemari. Percaya atau tidak, salah seorang keluarga kami berjaya mendapatkan strike. Dan semuanya kerana nasib yang begitu baik.

Permainan lambung kasih juga turut dimainkan. Memang mengasyikkan bila melihat gelagat keluarga saya yang ingin menangkap belon itu. Jika belon itu pecah, maka mereka akan disingkirkan. Yang menjadikan permainan ini sangat sukar adalah setiap kali mereka dapat menangkap belon tersebut, mereka perlu melambung sekali lagi tetapi dengan jarak yang lebih jauh.

Haa pijak belon kau!

Untuk peringkat menengah, kami ada beberapa permainan. Dan salah satunya permainan pecahkan belon. Belon diikat pada kaki dan musuh akan memijak belon tersebut untuk dipecahkan. Kita perlu mempertahankan belon daripada pecah untuk menang. Last man standing adalah pemenangnya

Bawa bola ping pong menggunakan sudu

Permainan isi air dalam botol
Permainan lain untuk kanak – kanak adalah membawa bola ping pong menggunakan sudu dan isi air dalam botol menggunakan span. Mereka begitu seronok bermain. Ahli keluarga lain berasa seronok bila dapat melihat anak mereka dapat bermain Bersama sama dengan sanak saudara mereka.

Mesti best dapat tengok hidupan akuatik

Kami juga pergi ke beberapa tempat sewaktu family day. Begitu banyak tempat yang kami lawati, salah satunya Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang. Terdapat banyak hidupan akuatik di sini. Sedikit sebanyak kami dapat belajar tentang kehidupan akuatik dan dapat melihat dengan mata kepala kami sendiri.

Look at my dab!

Keluargaku Cintaku
.
.
.
.
Follow yer account saya untuk mengikuti perkembangan terkini. Stay Tune!
Instagram
Twitter

Comment di bawah jika ada sebarang pertanyaan.

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan