JUM HIKING! Tanjung Tuan, Melaka

Hobi merupakan aktiviti yang kita minat untuk lakukan. Hobi biasanya dilakukan pada waktu lapang. Setiap orang mempunyai hobi yang berbeza - beza. Ada yang minat mengumpul stem, menyanyi dan membaca. Saya juga turut mempunyai hobi. Hobi saya adalah mendaki bukit. Saya ingin kongsikan pengalaman hobi saya mendaki bukit bersama keluarga tersayang saya dan menceritakan sedikit sebanyak tentang kawasan yang saya daki ini.

Selamat datang ke Rumah Api Tanjung Tuan

Sebernanya ketika ini kami sudah mendaki ke puncak untuk melihat Rumah Api Tanjung Tuan. Tapi lihat, kami masih tersenyum gembira walaupun kami kepenatan. Untuk pengetahuan anda, Rumah Api Tanjung Tuan ini merupakan rumah api yang tertua di Malaysia. Struktur rumah apinya sekitar 24 meter. Bayaran untuk masuk adalah RM1. Rumah Api Tanjung Tuan ini juga merupakan tempat kegemaran penggemar dan pencinta burung kerana ia merupakan destinasi persinggahan hampir 300000 ekor burung setiap tahun.

Tuudiaa Rumah Api Tanjung Tuan

Jum naik

Kami bergerak ke Bukit Batu Putih. Sebernanya perjalanan ke Bukit Batu Putih tidak bertangga tetapi ketika ini kami ke kawasan lain. Jadi kami naik tangga untuk ke rumah api semula dan teruskan perjalanan kami ke Bukit Batu Putih.

Caaiyokk! Teruskan perjalanan

Perjalanan yang amat memenatkan kerana terlalu curam. Sebernanya saya risaukan keluarga saya yang sangat keletihan. Mujur saya membawa air yang banyak kerana kuwatir perkara ini berlaku.

Puncak Bukit Batu Putih

Rock Climbing

Kami telah tiba di puncak Bukit Batu Putih. Kawasan ini depenuhi oleh orang ramai. Sebernanya kawasan ini tidak sesuai untuk kanak – kanak kerana agak merbahaya. Ada sebahagian perjalanannya anda perlu memanjat batu seperti rock climbing. Pemandangan dari puncak bukit batu putih ini sangat indah. Kita dapat lihat Pantai Pulau Intan Tanjung Tuan Port Dickson.

Berehat sebentar
Waktu kami tiba di Pantai Pulau Intan Tanjung Tuan Port Dickson dan puas melihat suasana sekeliling, kami berehat sebentar di pokok. Terdapat buaian yang lama di pokok itu. Keadaan buaian itu masih kukuh . Adik saya berehat di sana sambil saya nyanyikan sebuah lagu untuk dia. Saya lupa lirik.

Marilah mengunjungi Tanjung Tuan bersama keluarga, rakan dan staff anda bersama - sama. Tanjung Tuan menjanjikan pengalaman yang anda tidak pernah dapat. Seperkara lagi, adakah saya suda mention tentang tapak kaki Hang Tuah, gua, kubur orang tahun 1800, rumah lama, tokong yang tertinggal, perigi yang airnya sentiasa melimpah walau bertahun lamanya ada di Tanjung Tuan?
.
.
.
.
Follow yer account saya untuk mengikuti perkembangan terkini. Stay Tune!
Instagram
Twitter

Comment di bawah jika ada sebarang pertanyaan.

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan