KISAH SERAM SEJAGAT (EPISODE 5)

KISAH SERAM SEJAGAT : KAMPUNG





Hello guys!
So today aku nak cerita tentang pengalaman aku ketika berada di kampung sewaktu umur aku 8 tahun. Aku masih ingat lagi peristiwa ni macam baru semalam je menimpa aku, waktu tu moyang aku meninggal dunia dan satu family aku pulanglah ke kampung. Nenek aku meratapi pemergian bapanya dengan perasaan yang amat galau.

Contoh kampung aku

Dengan kadar umur aku yang cuma 8 tahun tu, korang fahamlahkan macam mana perangai aku? Yang dah besar ni pun tak berapa nak semenggah, inikan pula aku yang kecil. Apa yang aku tahu hanyalah aku jumpa saudara seusia aku dekat sana aku main tak ingat dunia.

Jam menunjukkan 6:30 petang, kebanyakkan dari jemah kampung yang hadir untuk mengucapkan takziah telah pulang, saudara mara aku bermalam di kampung, kitorang disuruh oleh para ibu bapa untuk tidur di kawasan ruang tamu beramai-ramai. Macam biasalah dah jumpa saudara mana tahu tidur awalkan?
Sumpah meriah!


Kitorang berbuallah sampai jam menunjukkan sekitar pukul 1:30 pagi. Ramai diantara kami perlahan-lahan tidur, macam biasa hanya aku yang susah nak tidur. Rumah kampung aku tu berlantaikan kayu dan tangga pun kayu, aku ingat lagi tongkat yang sering digunakan moyang aku disangkutkan di sebuah dinding bahagian dapur rumah itu.

Aku hampir lelapkan mata sehinggalah aku terdengar bunyi 'tuk tuk tuk tuk'. Seolah-olah bunyi tongkat yang berlaga dengan tangga kayu rumah ini. Moyang aku memang akan menggunakan tongkat itu untuk kemana sahaja dan salah satunya adalah untuk menaiki tangga.
Tongkat moyang aku

Perasaan seram sejuk menghantuiku, aku menyelubungkan badan aku dengan selimut. Makin lama bunyi itu makin dekat sampai satu tahap bunyi itu terhenti betul-betul sebelah telinga aku. Aku menggigil ketakutan nyaris nak terkencing dalam seluar.

Esoknya aku di diagnosis demam

Aku buka selimut namun tiada sesiapa, aku menghembuskan nafas lega lalu cuba untuk lelapkan mata, esoknya aku bangun dalam keadaan yang menggigil, ayah aku bawa aku pergi klinik dan aku disahkan oleh doktor yang aku demam.


Pengalaman aku sewaktu berusia 8 tahun ~ 2009




TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan