Corona Trip

Assalamulaikum and hai guys!!

Tadi baru lepas selesai buat satu page blog so Fadil nak bertekad buat satu lagi..Jadi about this one Fadil nak ceritakan tentang short vacay during this pkp.Sebelum tu,arahan rentas negeri dibenarkan eh,jangan nak tuduh Fadil langgar arahan pulak.Always bring hand sanitizer and wear mask,baru selamat.Baru best jalan-jalan,feel safe gitu. #Kitajagakita

Sejak PKP ni Fadil bosan duduk rumah..ajak family travel diorang takut and malas sebab corona ni..so member Fadil ada ajak teman dia pergi ambil barang kat tempat study..so tanpa berfikir panjang,Fadil packing terus..Trip ni Fadil dan tiga orang member sahaja...Kitorang bertolak pada jumaat petang...kitorang tak ambik jalan highway sebab member tak mahu bayar tol..So kami mengambil jalan biasa iaitu lalu Cameron Highlands...Sepanjang perjalanan,jalan sunyi gelap..hanya mampu berserah Tuhan Yang Esa untuk permudahkan perjalanan...Kitorang tak tidur sebab tak nak bagi driver mengantuk..Banyak aktiviti kitorang buat sepanjang perjalanan,barulah tak rasa sunyi dan takut..

Berhenti sekejap di Cameron Highlands...sejuk weh ketaq abis lutut

Sampai sahaja Ipoh,Perak...kitorang menetap rumah sewa abang member kitorang..Alhamdulillah,selesa boleh buat tidur..Sampai sahaja kitorang mandi,makan,solat then terus tidur...

Keesokan harinya,semua bangun awal,siap-siap untuk pergi ke tempat study member Fadil iaitu KYUEM,Selangor....lama jugak perjalanan....sampai sahaja tempat tersebut,kitorang bantu apa yang boleh bantu bagi mempercepat kan kerja sebab banyak lagi aktiviti yang kitorang nak buat hari tu.

Ni Fadil nak spam gambar-gambar yang Fadil sempat tangkap kat KYUEM
Sorry mata sepet..silau😥


Gambar kiri tu chalet untuk student..dalam ada empat bilik..sumpah nice..tapi tak apa ALAM pun best...Gambar kanan always wear your mask eh korang nak gi mana-mana pun #Kitajagakita

Ok ni last sebelum nak gerak keluar...yang kiri tu Azim..ni lah tempat study dia..apa-apa pun goodluck study bro

Selesai sudah objektif kita iaitu setelkan barang-barang member kat kolej..So jom tour satu Perak..hahaha (macam sempat)...
Kat highway,member Fadil termasuk Fadil terus tidur dalam kereta sebab penat tolong Ajim angkat barang tadi..kesian driver (Abi) drive sorang-sorang..Sorry Abi

Dalam pukul 3 petang,kitorang sampai kat location Jalan Sultan Yussuf (Belfield Street),30000 Ipoh,Perak..Dia ala-ala macam jalan street gitu...Tempat gini best kalau jalan-jalan ngan member n gf(kalau ada)..Dengan family tu make sure fit lah,bukan apa seharian berjalan tu..Ok...dekat street ni Fadil akan bagitau ada apa kat sini..First,u guys should try ais kepal Concubine Lane..harga dia RM5 jer..bukan apa dapat keringkan tekak time berjalan nanti...banyak perisa ada..Second,korang patut masuk kawasan Plan B,Ipoh..Kalau nak waze type jer PLAN B...tempat ni sesuai untuk tangkap gambar...orang kahwin pun ambik gambar kahwin outdoor kat sini...Next,yang jenis minat harry potter,boleh datang Platform 91/2..dia macam cafe bertemakan Harry Potter..korang jugak boleh ambik gambar dengan pakai baju uniform sekolah Harry Potter...Before that,masuk free jer tapi wajib beli air dia..Pukul 6 tepat..dah puas berjalan and penat berjalan,kitorang pun segera balik..
Plan B,Ipoh

Ais Kepal Concubine Lake




Platform 91/2,Harry Potter Cafe House

Haaaa malam tu banyak aktiviti kitorang buat..kitorang ajak tak nak keluar malam tu,bukan apa penat weh berjalan petang tadi..dan malam tu kitorang ajak nak makan maggi jer ..bukan apa malas keluar and save bajet...hehhehe...tapi..

Alhamdullilah,rezeki..abang Azim bawak pergi kedai makan..wuhuuuuu..mamak bossku...Haaaaa kedai makan ni mesti semua rakyat Ipoh tau...Restoran Di Naina...kedai makan mamak ni famous dengan menu roti naan cheese...Malam tu lapar sangat and kitorang makan nasi kandar..hahah..kenyang bossku..lepas jer nasi kandar,try lah menu special dia iaitu Roti Cheese Naan..Cheese penuh woi atas roti..*Amaran kalau nak makan Roti Cheese Naan tu jangan order untuk sorang-sorang sebab cheese dia tu cepat muak...order 2 untuk 5 orang makan pun dah ok..
Nasi Kandar X Roti Cheese Naan

Muka sorang-sorang dah bila kena paksa habiskan roti cheese tu and dah start muak..hahahah

Next,ingatkan dah nak balik...nak balik nak tidur..haaa abang Azim bawak jalan-jalan lah pulak..it ok,bila lagi kan..esok tu dah nak balik dah..so,malam tu 2 tempat kitorang pergi... Bulatan Meru Ipoh..situ kitorang tangkap gambar jer..banyak gambar kitorang ambik..kalau boleh nak spam kat sini...Mata Fadil dah start merah..bukan apa ngantuk tapiiii............

Next destination..hahhahaha kitorang gi pasar malam..Allahu rambang mata tengok,nafsu membuak-buak nak beli barang kat situ..bukan apa barang murah weh..Fadil xleh tahan,Fadil nak balik hahahha..dah puas tour satu pasar malam..and finally balik hahahahhahahahaha...alhamdullilah..balik terus tidur..zzzzzzzz
Dari atas:Fadil,Azim,Iqbal,Abi

LAST DAY,
Kitorang,bangun awal sebab nak packing2 barang...haaa tengah hari tu kitorang lunch dengan Nasi Ganja..warga Ipoh jer tau...makanan dia boleh tahan..kedai dia kecik jer tapi penuh dengan beratur panjang...and the special about this kedai makan..pekerja dia semua berbilang kaum..1 MALAYSIA..Jarang jumpa kedai makan camni..
Nasi Ganja RM5.50

Habis lunch tu terus salam ngan abang Azim..tq Abang Azim..huhuhuhu dah nak balik....tak nak balik..it ok lain kali...

So di sini saja guys pasal short trip ni..ni nak bagi nasihat pergilah travel kalau ada duit..Nabi Muhammad SAW pun suruh umat dia travel..tapi yang penting jaga solat and attitude sebab kita bawa imej Muslim...So di sini saja ...tq

Assalamualaikum!!!

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan