HIDUP SEKETUL ZACK (EPISODE 2)

HIDUP SEKETUL ZACK : BESTARI FAM




Annyeong guys!
Alright, tanpa basa basi lagi, aku nak story dekat korang pasal diorang ni. Eh jap, korang mesti tak tahukan siapa ataupun apa BESTARI FAM ni. Diorang ni sebenarnya classmates aku waktu form 4 & form 5 dulu. Serious, aku rasa masa nilah zaman kegemilangan aku bermula. Fyi, aku masa form 1 sampai form 3 aliran agama so... macam skema sikitlah, masuk form 4 nilah aku menjadi-jadi hahaha.

Serious talk, masa mula-mula masuk kelas ni macam awkward sikit sebab tak berapa rapat sangat dengan diorang. Hah, sekali ambil masa beberapa hari je nak masuk kepala dengan diorang ni. Dari lelaki sampai ke perempuan, dari cikgu ke anak murid semua sama-sama naik!

Hah, pilih-pilih nak mana

Malas nak sembang banyak, aku just nak recall sikit-sikit apa benda yang kitorang dah buat. Mula-mula sekali aku pun tak tahu apa yang membuatkan bonding kitorang ni kuat, mungkin sebab semua ghairah nak 'break the rules' kot hahaha. Aku ingat sangat, setiap kali hari khamis sepatutnya pakai baju sekolah tapi satu kelas (kecuali Zul) berpakat pakai baju PJ.

Korang ingat lagi tak, main warewolf dekat library sampai hampir kena halau dengan librarian hahaha. Aku sayang sangat classmates aku, ketua kelas kitorang abang Qila (yek dia perempuan) memang cover baiklah kitorang ni. Satu kelas ponteng kelas math! Lepastu satu kelas kena hadap bilik disiplin hahaha.

Kena halau pun happy!

Hey,korang ingatkan majlis akhir tahun? Aku berani kerat jarilah kalau ada yang kata majlis akhir tahun diorang lagi best dari kita hahaha, pelik aku majlis akhir tahun untuk kelas kita tapi yang datang sampai satu batch hahaha.

Baru habis exam!

Aku nak korang tahu tau, sebab koranglah zaman sekolah menengah aku bahagia,ceria & havoc. Walaupun aku tahu masing-masing dah bawa haluan sendiri, tapi aku harap kita still keep in touch. Long story short, maaflah aku tak mampu nak cerita semua pengalaman kita sama-sama, tapi aku tahu yang korang still simpan segala memori kita.

Kau dengar eh, aku tahu kita buat reunion tak kira macam mana pun hahaha. Takpelah, hope korang berjaya in life & berjaya capai cita-cita korang bye!

BESTARI FAM
2017-2018

P/S : Sorry, gambar kita ramai-ramai banyak dah hilang.



BERSAMBUNG

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan