JUM LEPAK SARAWAK!
Semua orang suka melancong. Sebagai seorang
seafarer suatu hari nanti, melancong adalah suatu perakara yang sering kali
dilakukan. Saya ingin kongsikan pengalaman saya melancong ke suatu tempat.
![]() |
Ready to fly |
Jom malancong ke Sarawak. Kami pergi ke
Sarawak daripada KLIA 1. Ketika ini saya form 3. Saya baru sahaja habis PT3.
Ketika ini, saya berasa sangat โ sangat gembira kerana dapat melancong ke
tempat yang masih belum pernah dipergi. Sarawak here we go!
![]() |
Baru sampai rehat jap |
Kami baru sahaja tiba di homestay. Harga
yang ditawarkan sangat berpatutan. RM250 dengan kondisi rumah yang sangat
baik dan selesa. Kami hanya berehat di homestay untuk 1 jam sahaja kemudian
mulakan perjalanan kami pusing Sarawak.
![]() |
Baik lah dinosaur ni |
Salah โ satu tempat yang kami kunjungi
adalah Dinosaurs Street View. Kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai jenis
dinosaurs. Sepanjang perjalanan kami lalu di kawasan ini hanya dinosaurs
sahaja. Kami berhenti di sebelah jalan dengan selamat dan bergambar dengan
dinosaurs. Saya masih ingat ada satu bangunan. Seingat saya bangunan tersebut seperti
bangunan sejarah dinosaurs dan menerangkan jenis โ jenis dinosaurs.
![]() |
Lawalawey tasik ni |
Tempat seterusnya yang kami lawat adalah
Tasik Biru. Jujur saya kata, tasik di sini sangat bersih dan warna biru. Suasana di
sini sangat nyaman dan menenangkan. Tempat ini di jaga oleh orang Sarawak
sendiri. Kita boleh lihat nilai kebersihan yang dipamerkan sangat tinggi.
![]() |
Baca sejarah kubu Charles Brooke |
![]() |
Orang lain pandai baca tapi dia tak pandai. Pastu halang orang lain baca. Hahaha |
Selain itu, kami melawat Fort Margherita.
Fort Margherita bangunan lama yang di bina pada 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak yang berada di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kubu ni adalah kawasan dan monumen yang sangat penting dalam sejarah Sarawak di mana membawa kita kepada era
Brooke. Kubu ni dibina dengan ciri -ciri istana England dan dibina untuk
mempertahankan Kuching daripada diserang oleh lanun. Kini menjadi kawasan
tarikan pelancong di Kuching. Kubu ni sekarang menjadi gallery sejarah Brooke.
![]() |
Pemandangan sisi (siang) |
![]() |
Pemandangan atas (siang) |
![]() |
Pemandangan sisi (malam) |
![]() |
Pemandangan atas (malam) |
Jambaran Darul Hana merupakan jambatan yang tercantik di Sarawak. Jambatan Darul Hana bukan sahaja berfungsi untuk membuka laluan untuk kapal perairan. Daripada Golden Gate ke Menara Jambatan, infrastuktur yang terbuka ini adalah icon kepada badar Kuching. Jambatan Darul Hana di Kuching, Sarawak, adalah bertujuan untuk melengkapkan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru untuk membentuk satu landskap yang dinamik dengan taman-taman yang cantik dan ciri-ciri air yang akan dikaitkan dengan identiti bandar.
![]() |
Selfie lu |
Kepada sesiapa yang masih
belum lepak ke Sarawak, marilah beramai โ ramai datang ke Sarawak. Untuk pengetahuan
anda, banyak lagi tempat yang saya pergi ketika di Sarawak seperti Kubah Ria, statue
umang โ umang, pasar sericin, gua, cat museum, civic centre, plaza merdeka, Sarawak
river, semenggoh orang utan, borneo museum, kopi o corner, textile museum, city
one megamall dan banyak lagi.
.
.
.
.
Follow yer account saya untuk mengikuti perkembangan terkini. Stay Tune!Comment di bawah jika ada sebarang pertanyaan.
Comments
Post a Comment