KISAH SERAM SEJAGAT (EPISODE 2)

KISAH SERAM SEJAGAT : HISTERIA PART 2




Okay,let's continue...
Seorang pelajar wanita telah terkena histeria, di dalam keadaan yang kucar kacir itu warden bertugas terus menelefon ustaz kami. Tidak berapa lama kemudian, ustaz datang bersama seorang rakannya lalu merawat pelajar yang masih lagi meracau tersebut. Malam yang suram bagi warga asrama, mereka telah diarahkan untuk bermalam di dalam dewan asrama beramai-ramai.

Dewan Makan Asrama | SMK Seri Tualang
Dewan makan asrama

Ustaz menjadi semakin bingung dengan keadaan itu, keesokkan harinya, kami selaku pelajar lelaki menjangkakan perkara itu sudah berakhir malah menjadi semakin keruh. Suasana begitu kucar kacir, aktiviti pembelajaran tidak dapat diteruskan. Setiap saat, pasti ada pelajar wanita yang meracau tanpa sebab.

39 pelajar, 5 guru diserang histeria di sekolah | Kes | Berita Harian
Keadaan kucar kacir dan tak mampu dikawal

Pada satu tahap, rakan sekelas aku telah terkena histeria. aku dan beberapa rakan lelaki aku yang lain cuba menahan dia dari terjun ke bawah, kelas aku berada di tingkat 3. Setiap pelajar yang terkena histeria akan dibawa ke dewan makan asrama lalu dirawat oleh ustaz.

Aku dan lima orang rakan lelaki aku yang lain cuba mengangkat rakan kami yang berbadan kecil dan sedang terkena histeria. Pada saat itu aku dapat rasakan bahawa kudratnya bukanlah kudrat yang asal, dia melawan seolah-olah dia mempunyai tenaga sesosok lelaki yang gagah.

SMK Tun Mamat - College Baseball Diamond
Luar kawasan sekolah

Salah seorang dari kami telah disepak oleh dia sehingga terjatuh. Namun akhirnya kami berjaya membawa dia sehingga ke dewan makan asrama. Kami dapat melihat betapa seriusnya konflik ini apabila mengetahui separuh dewan makan dipenuhi oleh pelajar wanita yang terlantar.


Diorang Kahwin Cara Bunian. Angah Tidur, Hanya Roh Dibawa Ke Alam ...
Adakah ini angkara bunian?

Ustaz yang mengubat mereka tidak mampu menahan penatnya lagi, beliau hampir pitam kerana terpaksa menghadapi susasana itu. Hal ini berlarutan hari demi hari sehinggalah ustaz aku berjaya membuat satu panggilan yang penting



Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan