PEACE AFTER HEARTBROKEN

Hello guys, so harini aku nak share sikit pengalaman aku berhiking di Bukit Keluang kat Terengganu dgn adik ngan kakak aku. Mesti korang tertanya la kan kenapa title posting kalini nampak dramatik sgt. Sebenarnya pada hari kejadian hiking ni merupakan hari kami warga 01 menerima result SPM kami. Disebabkan keputusan aku tak berapa memuaskan, aku telah mengalami sedikit depress dan kakak aku menyedarinya. Oleh itu, dia mengajak aku utk menemaninya utk berhiking di Bukit Keluang pd petang tersebut di samping menenangkan kembali fikiran yg sedang kusut.
So pada petang tersebut lebih kurang pukul 3-4 petang kami adik-beradik seramai 3 orang bertolak dr rumah utk menuju ke destinasi iaitu Bukit Keluang. Bukit Keluang ni takde la jauh sgt dari rumah kami dalam pun 30-40 minit dh sampai.
Sampai je kat sana terus siap-siap nk daki bukit tu. Berbekalkan sebotol besar air mineral je kami mula utk daki bukit tersebut. Ketinggian bukit takde la sampai mencecah ketinggian seperti Gunung Ledang tetapi lokasinya yg terletak di pinggiran pantai sekaligus memberikan view yg mempesonakan membuatkan Bukit Keluang ini terkenal di kalangan rakyat tempatan.
Kami  mengambil masa hanya dlm 20 minit utk sampai ke puncak bukit tersebut. Setelah sampai di puncak, kami berhenti utk berehat sambil menikmati pemandangan indah di puncak bukit tersebut. Terlihat juga beberapa pengunjung lain sedang berselfie tidak jauh dari kami. 
Setelah bergambar dan berpuas hati dgn menatapi pemandangan. Kami mula utk bergerak turun dari bukit tersebut. Ternyata perjalanan utk turun lebih mencabar dibandingkan dgn ketika mendaki. Setibanya di kaki bukit, aku membeli sedikit makanan dan minuman utk mengembalikan tenaga setelah penat mendaki. Sampai disini sahaja utk kali ini. Terima kasih sekiranya anda membacanya walaupun tak diharapkan oleh saya.

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan