Kem Latihan Pusat (Part 3)

Entry kali ni mengisahkan latihan dragon boat kami yg dilangsungkan di Tasik Putrajaya selama 2 hari. Pada pagi sabtu bertarikh 7 Mac 2020 kami bertolak dari ALAM seawal jam 6.00 pagi menuju terus ke Tasik Putrajaya sepanjang perjalanan pergi kami singgah sebentar di masjid utk menunaikan solat subuh dan di warung utk bersarapan.
Setibanya di Tasik Putrajaya kami telah diarahkan oleh jurulatih kami utk terus menukar pakaian yg bersesuaian dgn aktiviti yg akan kami jalankan. Sejurus setelah siap menukar pakaian, kami terus melakukan "stretching" utk memanaskan badan.
Sejurus selepas itu, kami menaiki bot dan terus bersedia utk memulakan latihan setelah lebih sebulan kami tidak mengayuh dragon boat atas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan.

Disebabkan telah lama tidak melakukan latihan, kami menghadapi kesukaran utk membetulkan kembali teknik kayuhan yg telah diajarkan kepada kami sepanjang latihan yg sebelum ini. Disebabkan itu kayuhan kami bukan sahaja tidak serentak malah boleh dikatakan membazir tenaga akibat kesalahan teknik.
Setelah lebih drpd satu jam kami berkayuh, kami mula mendapatkan kembali rentak kayuham kami seperti mana yg kami belajar pd latihan sebelum ini. Akhirnya jurulatih kami berpuas hati dan membenarkan kami utk bersurai drpd latihan pada hari tersebut.


Pada hari kedua, rutin kami aama seperti mana hari pertama tetapi latihan kami diperberatkan lagi apabila jurulatih kami mengikat tayar getah di belakang bot utk diseret dan memberatkan lagi beban yg perlu kami kayuh.
Ketika ini ketahanan mental amat diperlukan oleh para peserta latihan kali ini.
Latihan kami pada hari tersebut diakhiri dgn pecutan akhir drpd masjid hingga ke bawah jambatan. Jurulatih kami memberitahu sekiranya kami tidak dpt mencapai destinasi yg ditetapkan dlm masa 2 minit maka latihan kami akan diteruskan. Setelah itu kami mengayuh sekuat mampu utk mencapai masa yg ditetapkan kerana kami sudah tidak dpt menahan peritnya lenguh di bahu. Kami bernasib baik kerana kami tiba hanya satu saat lebih awal dari masa yg telah ditetapkan.
Setelah itu kami bersiap utk pergi makan tengah hari seterusnya terus pulang ke ALAM utk beristirahat drpd penat latihan.


Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan