KISAH SERAM SEJAGAT (EPISODE 1)

KISAH SERAM SEJAGAT : HISTERIA PART 1




Hye guys,
Okay ini merupakan salah satu series baru yang aku wujudkan, bukan apa terdapat hidayah pula nak cerita pengalaman seram. Dalam series ni aku akan ceritakan pengalaman seram yang telah aku dan orang-orang di sekeliling aku lalui. Aku warning awal-awal semua cerita yang aku bakal ceritakan based on a true story tau.

Alright, bersesuaian dengan tajuk kita pada hari ini. Kisah ni berlaku sewaktu aku form 1 di sekolah sekian sekian, aku tak nak dedahkan nama sekolah huhuhu. Ini merupakan pengalaman yang amat hebat + seram hahaha.

Pengalaman Seram Terpotong Rambut Hantu
ARGHH!

Okay, kisah dia bermula sewaktu pertengahan bulan Februari. Sekolah aku merupakan asrama harian dan asrama hanya untuk kaum wanita sahaja. Pada awalnya, aku dan member lelaki aku yang lain dah mula dengar ura-ura yang mengatakan setiap malam pelajar wanita sering di ganggu oleh makhluk halus dan semakin hari semakin teruk.

IBI Showcase di SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor » Kolej Teknologi ...
kawasan kejadian

Peristiwa itu terus berlaku sehinggalah pada suatu hari, ketika kami sedang sibuk menelaah ilmu dari guru kitorang. 'ARGHHHH!!' terdengar satu suara yang begitu kuat dan memecahkan kesunyian suasana sewaktu kami sedang belajar. Seluruh sekolah menjadi panik ketika melihat seorang pelajar wanita meracau-racau sehingga terbaring di atas batu-batuan kerikil. Ustaz kami yang kebetulan berada di kawasan berhampiran gegas memegang kedua belah bahu pelajar tersebut.

Pelajar yang berada dia sekitar kawasan kejadian turut membantu dalam mengangkat pelajar wanita itu ke kawasan surau. Ustaz berjaya merawat pelajar tersebut, namun ada perkara yang memeranjatkan ustaz ketika merawat pelajar itu.

6 Sebab Histeria Terjadi & Kenapa Orang Yang Pernah Kena CONFIRM ...
pelajar wanita yang dirasuki

Makhluk tersebut mengatakan ada pelajar yang telah memanggil dia untuk datang ke kawasan sekolah kami. Ustaz mengambil masa untuk berehat kerana merawat pelajar yang kerasukan bukanlah perkara yang mudah.
Pada hari itu, GPK HEM telah membuat announcement untuk para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan dan ketika perhimpunan berlangsung, beliau telah bertanya siapakah yang bertanggungjawab di atas kejadian tersebut. Tiada yang mengaku, hari itu terus berlalu dan kami di benarkan pulang awal
.
Bau pelik, bunyi tapak kaki di koridor… Makhluk suruhan warden ...
Kawasan asrama

Pada malam setelah kejadian, pelajar wanita di asrama telah melakukan bacaan yassin dan kejadian yang amat mengejutkan telah berlaku!



Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan