KISAH SERAM SEJAGAT (EPISODE 4)
Kamusta guys!
So let's begin with my new stories, so pengalaman ni terjadi masa aku form 5. Masa ni sekolah aku ada buat program qiamullail, so student form 5 & form 3 terlibatlah dengan program ni. Kitorang kena stay up dekat surau sekolah, at first semua berjalan dengan lancar.
Peristiwa yang terjadi ni memang personally berlaku terhadap diri aku. Aku tak tahulah, kenapa aku bijak sangat masa tu. Kitorang tak dibenarkan ada dekat luar kawasan surau untuk tidur, tapi aku dengan hebatnya sneak out dalam pukul 1:30 pagi.

Surau sekolah
Aku keluar dari surau, aku carilah kawasan nak lepak. Masih dekat dalam kawasan sekolah ya, ada satu kawasan ni tangga dia saling menghadap satu sama lain, and aku decide nak lepak dekat situ. Sebab apa? Sebab line dekat situ yang paling supportive.
Tangga yang aku lepak
Biasalah masa tu aku tergilakan Mobile Legends, mestilah kena ada sumber line yang stable. So aku tak fikir banyak, aku lepaklah dekat kawasan tangga tu. Tapi aku rasa tak selesa, so aku naik tangga tu and masuk kelas yang betul-betul menghadap tangga. Cuba teka kelas yang aku masuk kelas apa? Ya, kelas 1 Bestari!

Aku just buka kipas je
Aku buka kipas, tapi tak buka lampu sebab takut kantoi dengan warden. aku lepak punya lepak dekat situ sampailah pukul 2:30, tiba-tiba aku gerakan jari aku yang tengah leka main game terhenti sejurus lepas aku terdengar bunyi kerusi digerakkan dari kelas sebelah.
Untuk informasi korang, kelas yang aku terdengar tu datang dari kelas Grafik Komunikasi Teknikal (GKT). Bahagian yang paling creepy ialah kelas tu berkunci, aku hentikan segala aktiviti aku masatu, lantaklah AFK ke apa.

Aku terdengar bunyi kerusi digerakkan
Aku try hendap dari lubang kelas 1B tu, tapi tak nampak apa-apa. Aku abaikan & cuba untuk fokus dengan game, keadaan jadi makin seram sejuk bila aku mula dengar suara sekumpulan murid dekat kelas bawah. Tapi aku abaikan je, aku tunggu sampai member aku chat untuk pergi ke surau. Member aku ada juga yang lepak luar, tapi aku malas nak ikut masa tu.
Tepat pukul 3, member aku chat. Aku terus jumpa dia & bagitahu pengalaman aku, dia terus bagitahu aku yang kawasan tu memang keras. Aku ambil pengajaran, lepas ni tak boleh lepak sana kena lepak tempat lain HAGAHAHAG. Alhamdulillah tak jadi apa, lepastu aku terus balik surau & tidur.
Pengalaman aku sewaktu form 5 ~ 2018
TAMAT
Comments
Post a Comment