PUBG MOBILE TUTORIAL; Part 1 (Introduction)

        Assalamualaikum atau selamat sejahtera gais! Thank you sebab luangkan masa nak baca blog ni.Alang-alang aku nak cukupkan entry and aku pun dah ketandusan idea so aku buatlah tutorial cara nak main PUBGM and tips-tips yang berguna yang korang boleh aplikasikan untuk dapatan "Chicken Dinner".So jom mula:


Ok gais memandangkan ni part 1,aku bagi pengenalan dulu pasal basic for pubg ni.Untuk pengetahuan korang, company yang jadi developer game ni ialah Tencent Games dan dilancarkan kepada orang ramai pada tahun 2018.Aku pun start main game ni masa hujung season 2.Game ni merupakan permainan TPP yang bermaksud "Third Person Perspective.Dalam game ni,kita diletakkan dalam satu map yang mempunyai 99 pemain yang lain dan kita semua akan berbunuhan sesama sendiri dalam misi menjadi last standing dan menjadi "Winner Winner Chicken Dinner".Untuk pengetahuan korang jugak,PUBG ni dia ada season-season dia yang mana setiap season ni tahan dalam 3 bulan.Setiap season ni pulak,"tier"korang akan kena reset.



Alright aku terangkan pasal ranking system dia pulak.Tier paling bawah ni nama dia bronze,lepastu silver,gold,platinum,diamond,diikuti dengan crown,ace dan akhirnya conquerer.Setiap tier ni pulak terbahagi kepada 5 pecahan contohnya bronze;bronze1,bronze 2 dan seterusnya sampai bronze 5.Satu benda uniknya,untuk nak naik tier "Conquerer" tu,korang kena jadi top 500 dalam ranking server korang.Untuk naik tier ni pulak,korang kena survive dalam multiplayer tu.Lagi lama korang survive,lagi tinggi ranking korang diantara 100 orang tu and lagi tinggi rangking korang,lagi banyak points korang dapat.Oh tapi jugak,kalau korang mati awal ataupun kitoang selalu panggil "too soon",korang bukan setakat tak dapat points tapi points korang yang korang dah kumpul selama ni pun kena tolak!



Sakit hati bukan? Jadi kalau korang nak main,aku lebih sarankan korang main squad.Kelebihan squad ni,korang kalau kena tembak sampai habis nyawa,korang hanya akan kena "knock" yang mana korang hanya mampu bergerak dengan kelajuan yang amat perlahan tapi teammate korang boleh revive.Jadi maksudnya korang susah nak mati lah!Main squad ni jugak korang boleh eratkan tali hubungan silaturrahim.Tapi aku warning awal-awal,kalau korang noob ataupun newbie,jangan main dengan member korang yang rank tinggi-tinggi sebab nanti enemy yang korang bakal hadapi tu semua rank tinggi jugak!

Oklah gais setakat je kot aku cerita dalam episod ni,ye maaf ya sebab  ayat tunggang langgang.Banyak sangat benda nak cerita and banyak points yang aku main selit-selit sampai jadi berterabur.Apa-apapun,aku janji dalam episod seterusnya,content aku akan jadi lebih tersusun and lagi banyak infografik.Adios!

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan