KISAH SERAM SEJAGAT (EPISODE 3)

KISAH SERAM SEJAGAT : HISTERIA PART 3




Continue...
Ustaz aku telah berjaya mendapatkan pertolongan dari sebuah pusat pengajian agama yang terkenal iaitu something something, aku tak boleh dedahkan. Ustaz sempat menceritakan keadaan yang dilalui oleh sekolah kami pada ketika itu. Pihak tersebut telah bersetuju untuk membantu kami dan telah menghantar seorang ustaz bersama beberapa penuntut dari pusat pengajian mereka ke sekolah kami.

Korban alam kanak-kanak hafaz al-Quran, hadis | Rencana | Berita ...
Penuntut dari pusat pengajian itu turut membantu

Hari demi hari berlalu, dari hari ke minggu, dari minggu ke bulan. Perkara ini telah berlarutan lebih sebulan dan setiap kali itulah kami balik awal hehehe. Ustaz terus berusaha untuk mencari punca berlakunya kekacauan ini.

Akhirnya ustaz berjaya merungkai misteri yang telah menyelubungi sekolah kami selama ini dengan bantuan pihak pusat pengajian agama tersebut. Hal ini terjadi kerana dua sebab, pertama kerana terdapat pelajar yang dipercayai bermain permainan Spirit Of The Coin tanpa menghabiskannya, hal yang kedua dan punca utama bagi permasalahan ini adalah kerana sekolah kami telah mewujudkan dewan terbuka di sebuah kawasan lapang sekitar sekolah.

Kru TV3 Dikejutkan Dengan Kehadiran MakhIuk Orang Bunian Terakam ...
Penduduk bunian berasa marah

Hal ini telah menyebabkan penduduk bunian di sana marah kerana di situ merupakan bandar mereka. Akibatnya harus ditanggung dengan begitu perih sekali. Kesemua pelajar yang bermain permainan Spirit Of The Coin telah berjaya ditangkap dan tindakan disiplin yang sewajarnya telah diambil.

Taman Grovelands - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Kawasan lapang sebelum dimajukan

Kemuncak peristiwa ini adalah ketika kami berkumpul di dalam dewan terbuka itu dan membaca surah yassin beramai-ramai. Ustaz berpesan bahawa walau apa terjadi jangan berhenti membaca, sepanjang waktu bacaan itu berlangsung aku dapat melihat seorang demi seorang pelajar wanita menjerit lalu dipapah masuk ke dalam surau untuk dirawat.

SQ cinta: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014 SMK TUN MAMAT
Majlis bacaan yassin

Di dalam ujian yang getir itu, ustaz sempat lagi isi hatinya. Ada hikmahnya perkara ini berlaku kerana beliau berjaya mengislamkan satu kampung orang bunian. Hal ini kerana, mereka bersetuju untuk memeluk islam secara beramai-ramai. .

Berikut merupakan peristiwa yang telah terjadi pada aku ketika aku form 1 ~ 2014



TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan