ALAMak

Hi ! buat sapa yang tak kenal aku ni sapa, kenalkan nama aku Zikry la ni tengah sambung study kat ALAM. Jangan duk mengarut alam barzah or alam flora pulak! ALAM ni singkatan daripada Akademi Laut Malaysia.

ni ALAM

Hidup kat sini bukan macam duk kat uni lain sebab kat ALAM ni dia punya system semi-military tapi dia bukannya untuk jadi navy or anything kaitan ngan tentera. Ramai orang yang ingat masuk ALAM ni jadi navy tapi sebenarnya orang yang masuk sini untuk jadi kapten kapal dagang ataupun engineer kapal. Kenapa dua ja? sebab kat ALAM ni ada dua ja course yang ditawarkan Diploma Nautical Study (untuk jadi kapten kapal) ngan Diploma Marine Engineering (untuk jadi engineer kapal). Jadi, aku kat sini ambik Nautical Study sebab kalau engineering aku tak pandai sangat mathematic science ni boleh-boleh ja la. Nautical Study ni pun bukan senang pun tapi dia menarik sebab future dia kapten kapal.

macam kapten kan..

So, awal-awal masuk ALAM ni mesti kena orentasi dulu macam kat uni lain and cakap pasai orentasi salah satu yang wajib rasa ialah penat, pagi petang siang malam ada aktiviti. Kat ALAM ni orentasi dia ada benda yang bagi aku macam special iaitu obstacle ngan berenang. Hampa yang tak tau berenang ni habis la sebab dia akan suruh turun jugak dari 4m untuk berenang sampai hujung yang cetek walaupun tak reti. Aku pun tak reti berenang tapi alhamdulllilah masih ada la ni. Obstacle dia pun sama gak walaupun tak larat kena buat gak sampai habis. Tapi bukan nak kata orentasi ni yang jadi cerita untuk bercerita ngan member-member lain. Habis orentasi ja hampa rasa kehidupan kat ALAM ni pulak. Hidup sebagai junior ni tak dak teruk seteruk mana pun, lama-lama rasa biasa. Mengeluh ja sikit-sikit.

ni kelas aku waktu orentasi 

Aktiviti harian kat ALAM ni macam ni pukui 5 pagi dah kena pt pagi (macam bersenam pagi-pagi berlari pusing ALAM) pastu colours pagi (perhimpunan mcm kat sekolah) pastu kelas dari 8 pagi sampai 5 petang. Lepas tu pi pt petang a.k.a riadah lak. Malam pukul 10 rollcall. Packkan hidup tapi mcam aku kata lama-lama biasa la. Kelas belajaq apa? kita akan belajar semua benda pasal nak bawak kapal, bukan senang ooo dengar ja bawak kapal tapi macam-macam kena belajaq sebelum boleh bawak kapal ni.

nampak fokuskan belajaq

Rasanya tu ja kut dulu nanti aku cerita lagi pasal ALAM ni. Sorry kalau content macam tak betul first time biasa la.

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan