Coretan Seorang Twice- le' lounge (The Big 8)

                                  Coretan Seorang Twice



    


Assalamualaikum pembuka bicara.Heyyo wassup gais so harini saya nak share satu society di alam ni yang dikenali sebagai “le’ lounge”.Ditubuhkan pada 28 Julai 2019,dengan keahlian seramai 6 orang,kabin 108 bertempat di Hostel Pasifik,Akademi Laut Malaysia telah terpilih sebagai markas gerakan kami.Bermula dengan pengenalan sesama sendiri yang “awkward”.Katil 108A,Rugeen ataupun callsign-nya,Mon telah terpilih sebagai “IC” bilik.Tetapi pada waktu itu,kesemua ahli “ le’ lounge” tidak tahu bahawa mereka telah membuat satu kesilapan besar.Seorang bijak pandai bernama Ben Parker pernah berkata "great power comes with great responsability".Dikurniakan kuasa sebagai IC bilik,dia seringkali menggunakan kuasa IC bilik dengan sewenang-wenangnya dan menganaiya rakan sebilik beliau.





Katil 108B,Faris aka Pareh/BlakePare merupakan powerhouse bagi “le’ lounge”.Memiliki badan berotot bak pelakon terkenal, Encik Sins,Pareh juga memiliki personaliti yang hampir sama dengan pelakon tersebut.Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang,dia gemar mengisi waktu lapangnya dengan bermain permainan video "Asphalt 9" di telefon bimbitnya.




Penghuni katil 108C, Amru Harraz (Amghu Haghaz) aka OP Frost.Dia merupakan seorang bekas pelajar Maktab Tentera Diraja,sebuah sbp yang gah namanya kerana mempunyai sistem pemerintahan regimental.Salah satu kelebihan dia yang tidak dimiliki sesiapa pun ahli lounge ialah dia membela seekor setan change parade yang bersarang di jambulnya.Dengan memiliki setan tersebut,dia mampu bersiap dalam waktu yang singkat dan mampu lulus semua test tanpa menyentuh buku.


Yang bermastautin di katil 108D pula,Aqil ataupun callsign-nya Twice,ialah tuan punya badan untuk si penulis blog ini.Taknak cakap banyak pasal diri sendiri kerana risau dilabel “syok sendiri”.Dia mendapat gelaran "Twice" sejak Induction Week kerana dia seringkali menghabiskan masa lapang dengan menonton dan mendengar lagu yang dialunkan oleh kumpulan Twice.





Katil 108E pula didiami oleh Ameruddin aka Max.Berjaya menyandang jawatan PL semasa Sem 2,setelah diberi kepercayaan oleh bekas PL alpha,OP Weed.Memiliki personaliti innocent,salah satu motif utama warga le' lounge ialah untuk membuatkan Max mencarut sekurang-kurangnya sekali sebelum kami tamat pengajian dia ALAM.




Dan akhir sekali,penghuni katil 108F, Zikry Munshi aka Zack/Tangkak merupakan seorang bekas tahanan di Tanjung Rambutan,Tangkak(letak location Tangkak sebab dia kuat claim).Bangga dengan tanah kelahiran beliau,manusia ini mengeluarkan penyataan berani dengan mendakwa bahawa Tangkak bukan sebahagian daripada Negara Johor mahupun Malaysia sebaliknya Tangkak sendiri adalah sebuah negara berkerajaan sendiri.


Walaubagaimanapun, setelah perbincangan mendalam dan setelah dipersetujui “The Big 6”.Katil 108G,yang terletak di atas lantai,telah diwujudkan dan penghuninya ialah Iqmal Aiman aka Chubby.Walaupun telah diberikan katil sendiri (walaupun lantai tapi oklatu en),hobinya ialah melanyak katil orang yang telah di-stretch.Berasal dari 214 katil alpha,didorongi semangat setiakawan telah meyakinkan dia untuk meluangkan sebahagian besar masanya bersama rakan sekelas yang tersayang di 108.
Dan tidak dilupakan juga ahli terbaru Le' Lounge, Timothy anak Omar aka Asuk.Berasal dari Sarawak, dia digelar "portable modem" oleh Twice dan Chubby.Hal ini kerana dia merupakan faktor utama Twice berupaya bermain PUBG dan Chubby memuatnaik episod-episod terbaru One Piece dan paling penting,dialah yang "payung" hotspot semasa event Jumaat malam Sabtu #ytjt.Atas pengorbanan beliau dan beberapa faktor lain,dia diiktiraf sebagai salah seorang ahli premier bagi Le' Lounge.Dia diberi katil 108D(ii) kerana selalu tidur diatas katil Twice, 108D.



Maka sehubungan itu,maka tertubuhlah "le' lounge".Hari demi hari,lounge menerima kunjungan dari pelbagai lapisan masyarakat.Le' Lounge secara tidak rasmi telah menjadi markas gerakan bagi kelas 26 Alpha.Le' Lounge menerima kunjungan daripada warga kelas 26 Charlie,40 Alpha dan 40 Charlie.Memiliki persekitaran yang tidak pernah sunyi dan warga bilik yang sentiasa ceria menjadi pemangkin untuk menarik kedatangan pengunjung ke lounge.




Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan