TANGKAK TRAVEL SERIES (EPISODE 3)

TANGKAK TRAVEL SERIES : DATARAN TANGKAK




Hola guys!!
Hah aku dah insaf, setelah menjadi penulis yang tak konsisten di dalam bidang uploading blog ni, aku dah bertekad nak upload setiap minggu.

So,seperti yang korang dah nampak title dekat atas tu, aku nak bawa korang terbang ke nadi kehidupan sebuah Daerah Tangkak! Ya tepat sekali, setiap kawasan mesti terdapat markas perkumpulan manusia yang hidup di situkan? Hah,di Tangkak sinilah tempat kami berkumpul!!

        Memang terserlah sebagai nadi kehidupan penduduk Tangkak kan guys?

Korang takyah duk fikir sangatlah aktiviti apa je yang korang boleh buat dekat sini, sebab apa? Sebab memang dah terang lagi bersuluh yang aktiviti dekat sini banyak gila!

Meh sini aku bagi contoh aktiviti yang ada, bila ada perlawanan bola berkaitan dengan squad JOHOR DARUL TA'ZIM je mesti penuh dataran, sebab diorang ada sediakan layar yang besar untuk rakyat jelata menikmati vibes bola hahaha. Okay jokes aside, tapi memang serius ni! Kalau final takyah ceritalah siap ada ahli BOYS OF STRAITS lagi datang!

Inilah pakaian aku waktu pergi dataran guys!

Okay, aktiviti yang lain pula, kadang-kadang kitorang ada buat booth and sepanjang booth tu berlangsung adalah artis yang akan datang buat konsert, best weyh! Sambil terbangkan duit,sambil dengar dendangan lagu! Serius tak bosan,view dekat sini pun naise juga! Bolehlah korang nak snap satu dua gambar.
Photographer ni aku tau!

Selain tu, ada juga aktiviti ceramah, diorang jemput ustaz pun bukan kaleng-kaleng punya ustaz, nak ustaz yang ternama je, joke joke. Tapi serius, memang banyak aktiviti dekat sini, memang kalau korang datang Tangkak tak sah lah kalau korang tak melawat dataran ni!

Hah, ni lagi satu advantage kalau korang datang sini. Di sebabkan dataran ni berada di tengah bandar, maka semua kawasan dekat! Korang boleh pergi makan dekat restoran Nasi Ayam terbaik dekat Tangkak! Okay kita rilek dulu, bab makanan ni aku dah savekan spot khas untuk dia hehehe.



Hah,berikut adalah view dataran ni dari angle yang lain!

 Amacam, terasa tak nafsu korang mula membuak-buak untuk melawat Tangkak? Hah kalau belum takpe, banyak lagi weapon dengan aku yang belum release! Tunggu jelah waktu yang sesuai untuk korang hadam view dari kawasan yang indah ni!

Hah, aku pun dah penat membebel ni. Apa-apa yang korang nak comment boleh tulis dekat ruangan di bawah ya! Commentlah, baru aku boleh improve cara penulisan hmmm. Okay Ma'am aku pun dah panggil, chaww dulu!


Me signing out!



Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan