ATV BESTNYAAA! Pedas, Negeri Sembilan

Aku nak bercerita tentang ppengalaman aku naik ATV. Korang tau tak ATV tu ape?  Perkataan ATV ini adalah singkatan kepada All-Terrain Vehicle yang merupakan sejenis motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak. Kadang-kadang ATV juga didatangkan dengan enam tayar selain empat tayar yang kebiasaannya kita lihat. ATV juga dikenali sebagai Quad, Quad Bike, Three Wheeler atau Four Wheeler yang telah didefinisikan sebagai sebuah kenderaan menggunakan tayar yang bergerak pada tekanan rendah. Seperti namanya iaitu ATV, ia direka untuk menangani pelbagai cabaran yang berbeza daripada kenderaan-kenderaan lain.

Bestnye naik ATV

Aku rasa sangat seronok sebab aku berpeluang untuk naik ATV pada umur seawal 18 tahun. Aku sukakan aktivi lasak seperti ini. Kami sewa ATV satu kenderaan RM20 untuk 1 jam. Kami sewa 2 ATV dan boleh dinaiki 4 orang sekali.

Bincang harga boss

Bapa aku tengah berbincang dengan owner ATV itu tentang harga, perjalanan kami dan peralatan yang kami perlukan. Rupa – rupanya kami tidak perlu apa – apa peralatan dan cuma perlu pandai memandu sahaja.

Here we go!

Kami pelanggan pertama owner ATV tu pada hari tersebut. Kami bermain pada jam 0800. Aku berasa sangat – sangat seronok dapat naik ATV kerana aku dari kecik lagi memang nak sangat main ATV ni.

Too slow, another go

Kami memulakan permainan kami dan pergi ke tempat untuk bermain ATV. Sebernanya agak susah untuk memandu ATV kerana handlingnya yang sangat keras dan memerlukan kekuatan untuk mengawalnya. Saya berpeluh hanya kerana mengawal ATV sahaja dan belum lagi melakukan aktiviti ekstrem.

Kepada sesiapa yang masih belum naik ATV, pergilah rebut peluang untuk naik ATV pada usia remaja ini. Tambahkan pengalaman korang dan sentiasa jaga keselematan masing – masing.
.
.
.
.

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan