GF KEDUA RAID ???!!!



    Harini saya bukan nak sampaikan pasal mat rempit la pasal kes eksiden jatuh motor la, terbabas la, menang race la apa la semua tu bukan ye. Saya hanya nak sampaikan satu sahaja cerita dalam blog ni iaitu pasal saya dan kawan kawan saya dan pasal gf kedua saya....

    Cerita ni bagi saya tak menarik pun tapi disebabkan dah tkde idea nak masukkan content apa so saya pun masukkan jela content pasal sukan permotoran ni.

          First sekali saya nak perkenalkan gf saya yang kedua ......

gambar ditangkap oleh Emel


            Taknak cerita banyak pasal gf saya ni. Pendekkan cerita, pada 8/2/2019, saya dan kroni kroni saya bercadang untuk ride for fun mengisi masa lapang dan juga untuk makan makan. So kami taknak la ride di kawasan melaka sebab dah bosan, so kami pilih Senawang sebagai destinasi kami untuk ride. Senawang ada apa ?? Kalau korang nak tahu Senawang ada kedai Kopi Pak Mansor yang terkenal di kalangan rider rider motor ni, memang kedai kopi tu ramai lah rider rider ni singgah rehat lepak minum kopi. 

Inilah kopi ais dia yang popular tu

ni pula kopi panas 


          So situlah destinasi kami yang ingin di tuju. Apa yang kami rancang alhamdulillah jadi. dengan tak membuang masanya selepas habis kerja degan ibu saya, saya terus ke rumah kawan saya untuk berkumpul dan brieffing. Jap saya perkenalkan kroni kroni saya. Adib, Emel, Azmal, Aniq, Irfan, Dinie dan saya Raid paling kacak. Ha itulah nama nama kroni saya. 

Dengan gayanya dalam perjalanan ke kopi pak mansor

Masa ni first time aku ride paling jauh dengan gf kedua aku, from melaka to senawang hanya semata mata untuk dua cawan kopi ais, sebungkus nasi lemak, keseronokan dan pengalaman. Agak takut lah juga bawa motor bersisi 135 ke senawang sebab first time kan.

        Motor hitam kawasaki yang cun gile tu owner dia bernama Adib. Dalam kroni ni motor dia paling cun dan paling laju. Adib ni kira leader kami la, selang seli jalan semua dia tahu, kalau pasal motor lagilah power. Masa ni berhenti kejap dekat toll mana tah lupa.

         Pulas punya pulas, akhirnya sampai juga kedai kopi pak mansor ni. Tanpa ada kesulitan dan masalah alhamdulillah sampai dengan selamat. 

         Dahaga dan lapar yang kami tahan tadi akhirnya terisi juga dengan kopi dan nasi lemak. Korang boleh lihat muka kami masing masing bersyukur gila dapat rasa kopi yang ramai rider minum.
Overall kami puas hati dengan makanan dan minumannya. Tapi bukan itulah yang kami cari, yang kami cari adalah keseronokkan dan pengalaman. 

      
















Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan