PUBG MOBILE TUTORIAL; Part 2 (Weaponary)
Demi ayam seekor,99 orang akan kubunuh!
Alright terima kasih sebab stil baca blog aku gais.Kalini aku nak cerita sikit pasal "weaponary" ataupun persenjataan korang.Senjata dalam pubg ni digunakan untuk bunuh orang (obviously) so kalau nak bunuh orang, weapon korang kenala power power en.Takpa dalam entry aku kalini aku akan ceritakan serba sedikit pasal weapon weapon yang ada dalam pubg mobile ni.
Baiklah,kelas pertama,"Assault Rifle".Assault rifle ni selalunya senjata yang sesuai untuk pertempuran jarak jauh,sederhana,dan jauh dan paling sering digunapakai dalam permainan ini.Jenis peluru yang digunakan oleh senjata-senjata berikut ialah 7.62mm (peluru hitam)dan juga 5.56mm (peluru hijau).Biasanya,senjata yang menggunakan peluru 7.62mm mempunya recoil yang lebih kuat tetapi turut mempunya damage yang lebih tinggi berbanding senjata yang menggunakan peluru 5.56mm.Kesimpulannya,senjata "assault rifle" yang menggunakan peluru 5.56 sesuai untuk pertempuran jarak jauh manakala senjata yang menggunakan peluru 7.62 sesuai untuk pertempuran jarak dekat.
Okay kelas seterusnya "Bolt Action Sniper Rifle".Senjata ini mempunyai damage,recoil dan effective range yang tinggi tetapi malangnya ia mempunya firing rate yang rendah.Ini bermaksud korang hanya memerlukan satu tembakan untuk membunuh musuh korang tapi kalau tak kena,kedudukan korang akan terdedah dan korang kena tunggu 2 saat untuk tembak lagi sekali.Walaupun korang baca "ala 2 saat je pun"tapi dalam 2 saat tu, macam-macam boleh berlaku.Enemy yang dah tau kedudukan korang boleh melakukan serangan balas ataupun melarikan diri.Hanya terdapat 3 jenis "Bolt Action Sniper Rifle" dalam game ni dan 2 daripadanya menggunakan peluru 7.62mm manakala senjata AWM menggunakan peluru .300 magnum.AWM merupakan senjata dengan damage yang paling tinggi tetapi senjata tersebut dan pelurunya hanya boleh didapati dari "Supply Drop".
Senjata kelas ketiga,DMR atau maksudnya designated marksman rifle ialah senjata sniper jarak jauh semi automatik.Fungsinya hampir sama seperti “Bolt Action Sniper Rifle” cuma firing rate nya lebih tinggi berbanding bolt action tetapi damage-nya jugak kurang sedikit.Ia sesuai untuk pemain yang sedang berperang dalam jarak jauh tetapi tidak mempunyai kepakaran atau kelajuan dalam membidik senjata.
Dan akhir sekali,kelas senjata yang keempat ialah SMG atau “Sub Machine Gun".SMG mempunyai damage yang rendah tetapi firing rate yang tinggi.Walaubagaimanapun, effective range nya terhad kepada close range dan mid range. Micro Uzi dan Vector merupakan SMG yang sering digunapakai sebagai secondary weapon dalam kalangan pro players ketika "rush" enemy.Hal ini kerana dua weapon ini mempunyai firing rate yang amat tinggi dan mampu menjatuhkan enemy dalam waktu yang singkat.
Daripada kelas-kelas senjata ni,harap dapat membantu korang dalam memilih senjata yang betul dalam persiapan untuk mendapatkan chicken dinner.Tapi satu je nak cakap.Dapat weapon hebat mana pun,tapi kalau korang memang noob,lawan orang yang pakai pan pun korang boleh kalah,kah!
Comments
Post a Comment