CITA-CITA
Cita-cita tanpa usaha,


itu chit-chat,itu kosong,itu bohong.
Cita-cita dengan usaha,
itu baru dipanggil cita-cita,
itu baru punya makna dan boleh diintai kamar berjaya.
Jika mahu berjaya,usaha.
Jangan hanya menulis impian di alam maya.
Kerna menulis di sana semuanya boleh,
dan semua manusia sudah dipanggil bercita-cita,
dan punya degree dalam like dan share status manusia.

Hidup jangan hanya dengan cita-cita,
hidup harus adil dan imbang,
antara cita dan usaha,
antara bersungguh dan sembang.

Comments
Post a Comment