PUBG MOBILE TUTORIAL PART 6 (Professional Players)


Team Secret Malaysia,salah satu pasukan yang mewakili Malaysia ketika Liga Dunia.



Secret uHiGh,pemain berusia 16 tahun yang digelar sebagai "bocah ajaib" atau "miracle boy" kerana kehandalan dan kelajuan refleks beliau in game.uHigH merupakan top fragger dalam PMPL MYSG season 1 selama 2 minggu berturut-turut dan merupakan fragger dalam Team Secret.Bocah ajaib ini pernah berlawan 1v1 TDM menentang juara dunia, pasukan BTR Red Aliens dan berjaya menang dengan markah 18-4.





Secret Rex merupakan ahli baru bagi Team Secret dan menggalas tugas sebagai Fragger.Kehandalan beliau juga tidak kurang hebat dan telah membuktikannya ketika PMWL setelah berjaya clutch 1v3 menentang TSM Entity dan RRQ Athena.Rex merupakan bekas pemain pasukan RMC Esports (Rejimen Malaya Clan).



Secret Madtoi menyandang role Support dan meupakan IGL (In Game Leader) bagi Team Secret.Beliau merupakan bekas pemain Illuminate The Murder, sebuah pasukan gergasi Thailand.Setelah dibuang tanpa diberitahu sebab sebenar, beliau mendapat jemputan dari Team Secret untuk menyertai pasukan tersebut.Madtoi juga merupakan salah seorang IGL terbaik di dunia kerana kemampuan beliau merangka strategi yang efektif dalam medan pertempuran.Madtoi juga digelar sebagai king of DMR kerana beliau merupakan pengguna DMR terbaik di dunia.




Secret iShotz pula merupakan seorang sniper.Kemampuan beliau dalam menggunakan bolt action sniper rifle memang tidak boleh ditanding.iShotz juga boleh menggalas peranan fragger ketika rushing dilakukan.Beliau merupakan bekas pemain bagi pasukan Yoodo Gank dan pernah mewakili Malaysia di peringkat dunia pada tahun 2019.




Secret Biu adalah fragger dan Team Secret Malaysia merupakan legasi beliau. Beliau mengejutkan Malaysia setelah berjaya mengalahkan pasukan elit Malaysia yang lain seperti VIP, Junior Talent,Gank dan AROV ketika PMCO 2018. Nama pasukan beliau ketika itu ialah Genexsus yang dianggotai SinB(berpindah ke pasukan Impunity),Steward9k(kini mengetuai Team No Recoil) dan PotatoBangBang(bermain sebagai pemain biasa sahaja).Team Secret tertarik dengan kejayaan mereka seterusnya menawarkan sponsor bagi pasukan mereka.Biu menolak nama nama besar lain seperti T1, Evil Geniuses dan Team Liquid.







Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan