PENANG TRIP 2.0

 APA BEZA AWAK DENGAN UBI?

Cam biasa geng jawapan bole bagi kat ruangan komen 

Assalamualaikum sume and selamat malam bagi korg yg baca blog ni lepas maghrib. Ni sambungan bagi blog aku yg lepas iaitu Penang Trip 2.0

Korg igt tak lepas kitaorg jejalan tgk view kat Penang Hill tu, kitaorg rasa lapar gila sebab kitaorg baru perasan yg kitaorg tak makan lagi since malam semalam. So kitaorg pon decide nak gi area Batu Feringhi sebab member kitaorg kata area situ byk sarapan yg mantul2. 

Ni roti canai ayam kari (ayam besau tapak kaki bro!)

Ni Uncle Ravi Rugeen Sigaraga (nama hentam)

Disebabkan plan utama kitaorg dtg sini mmg nak makan2 jee so, mmg kitaorg jalan2 cari makan sepanjang stay kat Penang ni. Lepastu kitaorg sempat lah ronda2 seluruh pulau yg kat seberang tu (takdelah besar sgt) tapi secara puratanya mmg makanan diorg sume sedap2. 
street food area sini mmg penuh gila la
Ni aiskrim bulat

K guys area sini pon penuh je tmpt untuk korg amik gmbr ootd apa sume sebab mmg art street mmg lawo2. So aku mmg suggest lah utk korg yang ada pasangan tu singgah sini. Haa lagi satu harga dia sume mmg biasa je maksudnya tak mahal sgt and tak murah sgt. Ada je makanan lain mcm pasemboq and nasi kandaq tapi aku tak sempat nak amik gmbr sebab time tu lebih nak menikmati mknn saja.
 
 
Ni tmpt kitaorg dinner malam tu

K guys waktu kitaorg nak otw gi kat gmbr atas tu kan, aku terlanggar divider jalan kat sempadan Kedah-Pulau Pinang. So mmg calar teruk side skirt sampai kene ganti. Time tu member aku(bepop) jadi co-driver sebab dia pegang waze, al-kisahnya nak pergi kedai ikan bakar Nurul kat Penang tapi tersampai kat Kedah pulak sebab salah waze. Sumpah kelakar.

Ni lah side skirt kereta tu

So nak dipendekkan cerita kitaorg cari barang ganti baru kat area Selangor sebab nak otw balik nnti baru nak cari supaya mood vacation kami tak hilang. Malam tu kami duk sibuk jejalan area pantai sebab dia punya view lawa gila plus mcm ada pasar malam kat tepi pantai tu.

Ni antara cafe yg ada waktu kami lepas sini

Pasar malam kat tepi pantai

K geng lepas kitaorg dah puas rilek santai malam tu, kami pon balik ke chalet around 2 pagi sebab nak kene bangun awal supaya senang nak bangun pagi and bole gerak balik Melaka. And pasal kereta tu pulak kami pon amik keputusan utk repair jee kat melaka. Haa sampai sini je utk blog Penang trip kalini . Adious geng jumpa aku kat next blog !

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan