Cara-Cara buat nasi lemak terengganu : Ep2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kita teruskan dengan membuat sambal tumis
CARA BUAT SAMBAL TUMIS
1. KISAR
Mula-mula, kisarkan
- Bawang merah 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Halia seinci
- Belacan separuh tapak tangan (digoreng garing dahulu)
- Ikan bilis segenggam (goreng dahulu)
2. TUMIS
Lepas kisar, tumiskan dengan minyak menggoreng ikan bilis tadi. Masa ini kalau ada yang suka bawang dalam sambal, boleh masukkan bawang yang dihiris dalam sambal. Ikan bilis pun boleh masuk sama.
Selepas bahan kisar dan nampak garing, masukkan pula cili kering (yang dah siap direbus dan kisar) dalam 6-7 senduk. Kacaukan sampai naik minyak. Guna api perlahan.
3. PERASAKAN
Bila dah naik minyak, perasakan dengan garam (suku sudu besar), gula (6-7 sudu besar), pes asam jawa (suku sudu besar), gula perang / gula melaka (2 sudu besar). Gula perang ni fungsinya nak bagi sambal tu berwarna cantik @ merah pekat.
4. TUNGGU MENDIDIH
![]() |
Nasi Lemak Terengganu |
Comments
Post a Comment