Terengganu Travelling : Ep3

 Assaalmualaikum geng.. okay so kita teruskan dengan melancong di tempat2 yang menarik di terengganu..

Kampung Cina Kuala Terengganu
China Town

China Town atau dikenali dengan kampung cina bersamaan dengan Art of Old Town di Ipoh, di sini kalau anda nak berfotografi memang syok habis. Kedai-kedai di China Town ini memiliki aura klasik yang tersendiri. Ada sahaja hasil seni yang menarik perhatian dengan warna-warninya di setiap lorong di celah deretan kedai. Seni lukisan yang dihasilkan di China Town ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian berbeza seperti Lorong Warisan Dunia, Lorong Kenangan, Lorong Penyu dan lain-lain.

penselpatahtunteja.blogspot.com: Makam Sultan Zainal Abidin 1 Di ...
Bukit Keledang

Bukit ini menempatkan makam-makam pembesar negeri zaman dahulu kala. Dulunya juga, bukit ini dijadikan sebagai pusat pemerintahan awal Terengganu. Pada kurun ke-18, kawasan ini menjadi pengkalan pedagang-pedagang yang datang dari Hulu Sungai Terengganu. Kepada yang meminati sejarah diwarwarkan untuk datang meneliti disini.

Pelancongan Terengganu: Bazar Warisan
Bazar Warisan

Berdekatan dengan Pasar Payang di Jalan Sultan Zainal Abidin ini adalah sebuah bangunan yang memiliki reka bentuk tradisional Terengganu. Bazar Warisan mengumpulkan banyak kraftangan dan seni tradisional Terengganu seperti tembaga, songket, batik dan sutera. Anda juga dapat menikmati pemandangan indah muara Sungai Terengganu dari tingkat 3 bangunan ini.

rumah,warisan,haji,su
Kampung Losong

Terletak hanya 10 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu adalah Kampung Losong. Kampung Losong ini terkenal sebagai lokasi pilihan ramai untuk membeli makanan tradisional Terengganu yang tak lain tak bukan keropok lekor.Di sini memang banyak pilihan gerai keropok lekor yang semuanya memang sedap-sedap belaka. Kawasan ini turut diberi pengiktirafan oleh kerajaan negeri sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor di Terengganu.

sekian sahaja untuk hari ini.. kita akan bersambung di next episode untuk tempat2 yang lagi menarik dan dapat menghabiskan masa lapang.. sekian terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan