PUBG MOBILE TUTORIAL; Part 4 (Rushing)
99 orang sanggup kubunuh demi ayam seekor
Rush merupakan pergerakan satu pihak menyerang pihak lawan dengan keyakinan yang tinggi.Rushing selalunya dilakukan selepas seorang atau lebih pihak lawan telah dijatuhkan kerana ini akan mengurangkan “firepower” mereka dan dua orang tidak dapat terlibat dalam perlawanan tersebut kerana seorang sedang mengangkat rakannya yang sudah knock.Walaupun bunyinya mudah,tetapi rushing memerlukan skil dan reflex yang bagus.Rushing juga berisiko kerana satu kesilapan boleh mengakibatkan rushing anda gagal seterusnya menyebabkan anda bertukar bentuk menjadi kotak.Orait meh aku huraikan beberapa jenis rush dan tips.
Taktik pertama; 3+1.
Taktik ini digunakan selalunya di “open field” dan bukannya di dalam bangunan.Formasi ini melibatkan 3 orang melakukan rushing manakala seorang lagi memainkan role “support” diletakkan di posisi yang mempunyai “firing angle”. “support” yang ditinggalkan mesti mempunyai kemahiran menembak yang tepat iaitu kemahiran mengawal “recoil” yang bagus selain pilihan senjata yang sesuai kerana dia perlu memberi cover fire kepada teammatenya dan perlu menumpaskan enemy jika mempunya peluang keemasan tersebut.3 orang rusher yang dihantar pula mesti mempunyai reflex yang pantas,pilihan senjata yang sesuai dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang selok-belok bangunan atau kompaun.
Taktik kedua;4.
Taktik ini merupakan taktik yang paling selalu digunapakai dan dikenalai sebagai taktik paling barbar.Taktik ini melibatkan keseluruhan team menyerbu pasukan pihak lawan.Taktik ini mempunyai kelebihan tersendiri dimana taktik ini mempunyai lebih “firepower”.Taktik ini boleh digunakan sekiranya kesemua ahli kumpulan anda mempunyai reflex yang laju.
TIPS
1.Gunakan “throwables” sebelum melakukan rushing.Setiap “throwables” mempunyai kelebihan dan kegunaan masing -masing yang boleh digunapakai bergantung kepada situasi,kompaun dan beberapa faktor lain.
2.Tukar kepada “FPP” (First Person Perspective).FPP mempunyai satu kelebihan iaitu mempunyai “angle of view” yang lebih luas.Ini membolehkan anda mengenalpasti kedudukan enemy dalam masa yang singkat.
Comments
Post a Comment