Kuih Muih Tradisi Kelantan

 Kebanyakan kuih-muih di Kelantan berasaskan tepung pulut, beras, santan dan wajib

manis, sebab tu sedap walaupun ada setengah nama kuihnya pelik-pelik. Ternyata

orang-orang Cik Siti Wan Kembang kreatif buat kuih. Tak percaya cuba beberapa jenis

kuih yang saya kongsikan resipinya ini.  


BEKO PANDAN

♥♥♥DuNia CiNTa KaMi♥♥♥: KUIH BEKO PANDAN

BAHAN-BAHAN:

1 cawan kelapa parut | putih sahaja dan kisar sedikit

1/2cawan gula pasir

1 biji telur

1/2cawan air daun pandan

1/2 sudu teh garam

Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau seketika dan ketepikan.

2. Campurkan kelapa yang telah dikisar sedikit bersama gula, tepung pulut dan garam

dalam mangkuk adunan.

3. Tuangkan air pandan dan telur, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.

4. Panaskana ketuhar pada suhu 170C.

5. Sementara itu, sapukan acuan dengan minyak masak, kemudian panaskan dalam

ketuhar.

6. Keluarkan, kemudian tuangkan adunan Kuih Beko dalam acuan hingga penuh dan

bakar semula hingga masak.

7. Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.


NEKBAT SIRA

Resepi Nekbat (sira) Bahan-Bahan:- -7... - Aneka Resepi Kuih Muih ...

BAHAN-BAHAN:

500gm tepung beras

10 biji telur

Sedikit pewarna oren

BAHAN SIRA:

500ml air

150gm gula pasir

2 helai daun pandan

6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

1. Tepung beras digoreng sangai dengan api sederhana hingga kering. Ketepikan.

2. Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan perwarna dan tepung

beras yang telah disangai tadi. Kacau rata.

3. Panaskan acuan di dalam ketuhar, setelah cukup panas keluarkan.

4. Tuankan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas bawah padaa suhu

170C.

5. Bakar hingga kekuningan atau garing.

6. Setelah masak keluarkan dari ketuhar.

7. Sementara itu sediakan bahan sira. Masak air dan gula hingga mendidih.

8. Masukkan daun pandan dan cengkih.

9. Setelah masak, tuangkan di atas kuih nekbat tadi.

10. Kuih sedia dihidangkan.

 

KUIH ULAT BULU

Kuih "ulat bulu" kita pg ni... Jgn... - Jom kongsi resepi menarik ...

BAHAN-BAHAN:

1cawan tepung pulut

1 cawan tepung pulut hitam

3/4 cawan air

1 sudu teh air kapur

2 cawan kelapa parut | putih sahaja dan campur dengan sedikit garam galus

BAHAN INTI:

1/2cawan kacang hikau

Sedikit gula Melaka

1 sudu makan gula pasir

1 helai daun pandan

1/2 kelapa parut

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Untuk menyediakan inti, rebus kacay hijau bersama daun pandan hingga empuk.

2. Apabila kacang lembut dan air kering masukkan santan, gula Melaka , gula pasir dan

sedikit garam.

3. Kacau rata hingga garing.

4. Tutup api dan biarkan sejuk.

5. Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut bersama dan gaul rata.

6. Kemudian tambahkan air dan air kapur, terus adun sebati seperti adunan buah

Melaka.

7. Bulat-bulatkan, kemudian masukkan inti di tengah dan bentuk adunan panjang.

8. Buat sampai habus.

9. Didihkan air kemudian, rebus adunan.

10. Bila sudah timbul angkat menggunakan penapis dan letakkan di dalama bekas

berisi kepala parut.

11. Golek-golekkan dan masukkan dalam piring hidangan.

12. Sedia dihidangkan.

 

TAHI ITIK

Resepi Masakan - Kuih Tahi Itik Bahan-bahannya 10 biji... | Facebook

BAHAN-BAHAN:

10 biji putih telur

500ml santan

400gm gula pasir

100gm tepung pulut

150gm tepung beras

1 helai daun pandan |carik-carik dan simpul

CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan kecuali daun pandan dalam mangkuk. Kacau sebati.

2. Masukkan dalam periuk bersama daun pandan dan masak atas api sehingga masak.

3. Kemudian sejukkan

4. Setelah sejuk boleh bentukkannya mengikut cita rasa.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Masuk GUA...(Part 1)

ONE PIECE

F.R.I.E.N.D. (PART 2)