ke langkawi kita (day 3) : part 1

 hari ketiga di pulau langkawi, harini kami akan ke pantai tengkorak yang takdak tengkorak pun sebab waktu aku sampai tu tak nampak pulak tengkorak kat situ. pantai ni best sebab takdak benda benda macam jetski bot duk pusing pusing waktu nak berenang tapi sakit dia sebab banyak batu karang, memang kena tengok elok elok waktu nak jalan tu. waktu kat pantai ni kami acah acah berkelah la, ada hat bakaq ayam, ada hat main,ada hat pi berenang. pantai ni pun tak dak la banyak orang sangat untuk nak main bola tu memang boleh. duk syok main hari pun dah nak ke tengahari kami pun bersiap siap untukke next destination.

next destination kami adalah maktab sebab ada yang nak ambik sijil spm so sampai la kami di maktab selepas dua tahun tinggalkan maktab. dapat la tengok kolam yang selalu kami guna untuk sambut birthday dah berubah jadi cantik sikit, banyak dah yang kena masuk dalam tu cikgu pun ada.

balik dari maktab kami teruih singgah HIG untuk beli coklat. orang kat dalam penuh tapi coklat tak banyak, silap pi waktu weekend ni tapi buat macam mana waktu tu ja boleh layan je lah. pastu kami pi satu lagi kedai kat pak ndak mayah, kedai saga. kedai ni aman sikit, orang tak banyak coklat pun macam macam ada.kalau pi HIG ramai aku sarankan pi saga ni sebab dia pun ada benda yang nak dibeli tu. dah habis bershopping kami teruih balik homestay untuk siap siap pi paradise 101. nak tau tau apadia paradise tu tengok blok seterusnya. bersambung...👻 


Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan