Terengganu Travelling : Last Ep

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. okay kita akan teruskan dengan pelancongan kita yang terakhir di episode yang terakhir ini..

Breakfast Nasi Dagang Atas Tol & Hiking Bukit Kluang, Besut ...
Nasi dagang ats tol

Bagi yang masih belum tahu, nasi dagang adalah salah satu makanan tradisional yang cukup terkenal di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri ni memiliki cara masakan nasi dagang mereka tersendiri. Untuk mencuba nasi dagang Terengganu, salah satu restoran dengan hidangan nasi dagang yang terbaik di Kuala Terengganu adalah kedai Nasi Dagang Atas Tol. Kecukupan rasanya tidak seperti di kedai-kedai lain, memang kaw apatah lagi bila dihidangkan di atas daun pisang! Tak cukup dengan itu, saiz hidangannya juga sangat mengenyangkan perut. Jangan lupa untuk melengkapkan hidangan ini dengan menikmati teh peng berbuihnya yang juga dikatakan antara yang paling best pernah dinikmati.

Sojourn In Terengganu: Warung Pok Nong - Ikan Celup Tepung ...
Warung Pok Nong di Kg Telipot

Sentiasa dikunjungi ramai untuk melepaskan gian masakan celup tepung (goreng) yang memuaskan deria rasa, Warung Pok Nong adalah salah satu warung yang wajib disinggahi bila menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu. Tapi hati-hati, kalau tiba je musim cuti sekolah warung ini boleh jadi agak padat. Hidangan celup tepung yang terdapat di sini adalah terdiri daripada pelbagai jenis hasil laut seperti ikan, sotong guntingnya dan udang. Keropok lekor pun ada! Yang penting semua hidangannya cukup fresh. Sambil menikmati makanan penuh kerangupan yang berkriuk-kriuk di mulut, anda boleh melihat pemandangan yang sangat menenangkan sekitar kawasan pantai dengan hamparan lautan dan langit yang ibarat tiada penghujungnya.

5 Tempat Makan Best Di Kuala Terengganu - Raja Cuti
Fauzi Nasi Kerabu

ini satu lagi destinasi jalan-jalan cari makan yang mesti anda singgah di Kuala Terengganu. Fauzi Nasi Kerabu yang terletak di Kampung Ladang Padang Cicar ini pernah disenaraikan dalam “Top 50 List of the  World Street Food Congress 2017!” Hidangan yang terkenal di kedainya sudah semestinya nasi kerabu seperti nama kedai ini sendiri. Nasi berwarna kebiruan ini sungguh enak dimakan dengan ayam dan daging panggang yang aromanya menguasai sekitar kedai. Apa yang menjadikan lauknya luar biasa sedap adalah kerana cara masakannya iaitu menggunakan teknik pembakaran secara tradisional menggunakan arang. Keenakan nasi kerabu ini dimaksimakan lagi apabila dilengkapkan dengan ulam, sambal belacan atau ikan masin.

Uptown Kontena Dapo Pata-Tempat Makan Hipster Tepi Pantai Tok ...
Dapo Pata

Uptown Kontena, satu tapak bazaar niaga di tepi pantai, di mana pengunjung boleh menikmati hidangan makanan yang enak di tepi Pantai Tok Jembal sambil menghirup udara segar angin pantai. Pemandangan di sini amat cantik.

Sekian Sahaja dri saya.. terdapat lebih bnyak lgi tempat2 yang menarik di terengganu yang patut dikunjungi.. saya harap ianya bermakna bagi mereka2 yang berada dia lain2 negeri untuk datang ke terengganu.. sekian terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan