Visit Kuala Krai
AIR TERJUN LATA BERANGIN
- Air Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Pas.
- Ianya boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak diantara lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.Ianya terletak kira-kira 18km dari Bandar Kuala Krai.
- Lata Berangin yang mempunyai air terjun setinggi 120 meter telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.
- Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda.Kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan
JAMBATAN GANTUNG SULTAN ISMAIL SG.NAL
Lokasi
Terletak kira-kira 11 km dari Kuala Krai. Bersebelah dengan jalan persekutuan Machang - Kuala Krai kira-kira 500 meter dari Taman Sireh.
Ia menjadi salah satu lokasi tumpuan utama bagi pelajar tingkatan 3 pada tahun 2016 untuk menyiapkan tigasan PT3 bagi subjek sejarah mereka. Dimana tugasan tersebut memerlukan mereka utk mengkaji kawasan bersejarah di kawasan tempat tinggal mereka.
PUSAT SERAMIK MAMBUNG
Kelantan adalah salah sebuah negeri utama yang menjalankan perusahaan seramik.
Kampung Mambong yang terletak diseberang Sungai Galas di daerah Kuala Krai merupakan sebuah perkampungan kecil yang menjalankan perusahaan seramik.
Kampung ini yang juga dikenali sebagai tempat “Seramik Mambong” memakan masa selama 45 minit dari tangga krai untuk ke sana dengan menaiki bot serta tambangnya amat berpatutan. Perusahaan yang diasaskan oleh Tuk Bare dan diusahakan oleh Cikgu Li adalah merupakan perusahaan turun temurun.
7 peringkat harus dilalui untuk menghasilkan sebiji seramik.
Antara peringkat-peringkat tersebut adalah mesin tanah (tanah sungai),tapis tanah,ikat acuan,tuang acuan,keringkan acuan,clear dan bakar.
Jenis-jenis seramik yang telah dihasilkan adalah pasu hiasan,buyung,belanga dan lain-lain lagi.Perusahaan ini telah diubahsuai pada tahun 1990 dan kekal sehingga sekarang.
TAMAN TASIK KUALA KRAI
Tasik Krai adalah merupakan lokasi yang amat sesuai untuk penempatan alat- alat permainan air seperti Duck Padle,perahu berkayuh dan kayak.
Taman Rekreasi Tasik Krai dilancar dengan rasminya pada 15 Disember 1998.
Semenjak pelancarannya,Taman Rekreasi Tasik Krai menjadi tumpuan kepada orang ramai terutama sekali warga Bandar untuk mengadakan aktiviti-aktiviti riadah.
Kemudahan-kemudahan rekreasi disamping persekitaran yang sesuai menjadikan Taman Rekreasi Tasik Krai menjadi tarikan kepada semua peringkat umur.
Penggemar aktiviti riadah samada berjoging, bersenam, bermain alat permainan kanak-kanak, bersiar-siar dan sebagainya.
Comments
Post a Comment