ke langkawi kita (day 2) : part 1

 

hari kedua di bumi langkawi. harini kami akan ke island hoping. kami pun bangun awal untuk begegas ke tempat untuk naik bot. bila dah sampai hujan pun pun turun, berpishang la kami kami jeti tu. setelah macam macam doa dibaca hujan pun seriyat dan dapat la kami naik bot. first stop dia, tasik dayang bunting. kenapa dayang bunting sebab bentuk bukit kat tasik tu macam perempuan mengandung and ada orang kata kalau minum ayaq dia boleh mengandung. tasik tu memang menarik banyak kera and spesis yang sama ada kat situ. ayaq dia tak masin walaupun sekeliling dia ayaq laut. 


sampai ja kat tasik tu kena bayaq entrance dia and bayaq untuk life jacket and aktiviti nak buat kat tasik tu. memang best kat situ view dia pun lawa. kalau berenang kat situ memang kena pakai life jacket sebab tasik tu dalam and dia akan ada rasa macam kena sedut tapi kalau betui pro berenang and berani mati takyah pun tak pa. aktiviti kalau nak buat kat situ ada kayak ngan boat itik, baik main kayak best lagi.


next stop dia eagle feeding, kat sini boleh tengok helang makan. kita duk ataih bot ja pastu orang bawak bot tu bagi ayam pastu kita tengok. rasa macam bosan tapi menarik sebab boleh tengok helang tu dekat dekat pastu sorak kalau dia dapat makanan tu.

lepas dah tengok helang tu, dia bawak pi pulau beras basah. pulau ni ayaq dia jernih and cantik. kat sini boleh mandi pastu kalau ada duit banyak boleh main aktiviti ayaq hat ada macam banana boat tu. kami kat sini tak lama pun sebab sampai kat sini matahari terpacak ataih pala dah. lepas dari pulau ni habis la island hoping ni.bersambung....๐Ÿ‘ป

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan