Terengganu Travelling : Ep2

Assalamualaikum guys.. okay so hari ni kita akan teruskan dengan travel di Terengganu episode 2..

Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk

Pantai terletak di Bandar Kuala Terengganu. Pantai ini sangat terkenal dengan keseronokan. Di kawasan pantai ini juga terdapat banyak tempat makan bukan sahaja restoran-restoran makanan segera, malahan masakan enak hasil laut Terengganu juga banyak. Contohnya ikan celup tepung, udang celup tepung dan ketupat sotong.

Kuala Terengganu Waterfront – J Suites Hotel
Waterfront 

Terletak berhampiran Hotel Felda Residence ini adalah tempat santai untuk tenangkan fikiran. Waterfront terdapat pelbagai pilihan kafe dan restoran untuk anda menjamu selera bersama keluarga sambil mencuci mata menikmati pemandangan sungai Terengganu.

Dataran Shahbandar Tempat Menarik di Terengganu - Tempat Menarik
Dataran Shahbandar

Di tepian sungai Terengganu ini memang banyak tempat-tempat yang menjadi tarikan, salah satunya ialah dataran ini. Daripada Dataran Shahbandar ini anda dapat melihat panorama yang menarik sekali. Boleh juga sekiranya anda ingin berkelah di dataran ini bersama keluarga. Anda juga dapat melihat berbagai pandangan yang cantik dari arah sini.

Artificial lighting trees in Pulau Warisan Kuala Terengganu ...
Pulau Warisan

Pulau Warisan ini kelihatan seperti I-City di Shah Alam dengan lampu-lampu pokoknya yang berwarna-warni, begitu hidup sekali suasana malam di tempat ini. Ianya berada ditengah tengah antara waterfront dan dataran shahbandar.

Sekian sahaja untuk episode kali ini.. terdapat banyak lagi tempat yang menarik di Terengganu akan bersambung selepas ini.. terima kasih 


Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan