COOKING TIME

 Assalamualaikum and hai everyone ! Kita sambung lagi okay , so harini aku nak share resepi yang aku try waktu pkpp ni . Nak kata perfect tu taklah tapi mestilah sedap hihi , nama resepi ni ialah roti arab cicah kari . Dengar je dah terliur haishh , so jom kita mula .





Bahan-bahan: 

2 1/2 cawan tepung gandum (250 gm)
1 sudu teh yis mauripan 
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak 
125 ml air suam (1/4 botol kecil air mineral)


Cara-cara:

1.  Ayak tepung bersama yis dan gaulkan supaya yis menjadi rata.
2.  Satukan semua bahan lain ke dalam air suam dan larutkannya.
3.  Masukkan air bancuhan tadi ke dalam tepung dan uli hingga menjadi doh
     yang lembut dan licin.
4.  Tutup mangkuk adunan dengan kain yang dibasahkan selama 1 jam.
5.  Kemudian uli semula doh dan bahagikan kepada 10 bahagian.
6.  Canaikan doh setebal 1/4 cm dan goreng dalam minyak yang 
     sederhana panas.  Bila sudah kembung baru dialihkan ke bahagian
     belakangnya. 
7.  Goreng sebiji sebiji sehingga habis.
8.  Hidangkanya dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau kuah kacang..
     Semuanya sedapppp....Dengan sambal belacan pun sedap...

     * Pastikan api tidak terlalu kuat takut nanti bahagian dalamnya tidak masak
       pula, kerana warnanya cepat perang...


Siap ! so pada korang kalau nak cuba bolehlah cuba ye .


Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan