MENGHUKUM YANG CELA
Saban hari , manusia boleh berubah.



Ramai bertukar jadi lebih mulia,
dari kisah jahil mereka,
dari kehidupan mereka yang lama-lama.
Ya itu rahmat Allah buat mereka,
yang dulunya jahat kini lebih tampak sedikit mulia.
Tapi,apabila tuhan sudah jadikan kau lebih baik,
bukan tugas kau untuk menghukum yang masih cela.
Tugas kau mengajak yang cela,
bertukar dan menjadi sedikit mulia,
dan bukannya menjauhkan mereka,
dengan hujah-hujah sentap kau,
walau niat kau baik pada mulanya.

Manusia semakin tenat,
dan janganlah kau semakin memenatkannya lagi.
Jika mahu mengubah,buat seeloknya,
dan bukan makin mengeruhkan dunia.

Comments
Post a Comment