IMPIAN AKU DAN MEREKA
Wahai ibu,wahai ayah,
sekali lagi kita bermasam muka.
Persetujuan tidak dijumpai,
tapi kita masih sama,
masih berhentam hal yang sama,
masih dengan sikap kita yang degil salah satu nya.
kalian punya hajat hajat kalian,
Kalian kata,kalian sudah makan garam,
aku kata,aku yakin ini boleh diusaha.
Apa yang kalian mahu,
itu tidak mampu membuatkan aku bahagia,
itu hanya mampu buatkan kalian semua bahagia,
jadi apa gunanya akau hidup di muka bumi ini?
Tapi kadangnya aku mahu juga beritahu,
aku juga manusia,aku juga ada bahagianya aku.
untuk kejar apa yang disuka,
kerna itu akan buat aku lebih bahagia.




Comments
Post a Comment