Perusahaan tanaman naga pt.2

 Blog kalini merupakan sambungan kepada entry yg sebelum ini iaitu perusahaan naga pt.1 yg mana ditinggalkan bergantung tak bertali begitu sahaja. Setelah selasai sahaja melilit batang  tanaman naga pada tiang yg didirikan disitu, satu tayar motor yg lama yg telah dilekatkan bersama dgn kerangka besi akan diletakkan di atas tiang paip tersebut.

Tayar yg telah diletak di atas tiang paip tersebut seterusnya akan dililit dgn sepasang dawai besi yg telah ditanam di puncak tiang paip tersebut.

Dawai tersebut ditanam sewaktu tiang tersebut dipenuhkan dgn konkrit.


Kerangka besi tersebut dililit dgn tujuan supaya tayar tersebut tidak jatuh sementara menunggu tanaman naga itu tumbuh seraya mengenakan beban terhadap tayar tersebut.

Berikut merupakan contoh tanaman naga yg telah berjaya tumbuh dgn subur.

Sistem pagar elektrik juga telah dipasang disekeliling kebun perusahaan pokok naga ini dgn tujuan bagi mencegah haiwan liar seperti kera dan babi hutan drpd masuk ke kebun dan merosakkan tanaman yg diusahakan.


Keselamatan kebun merupakan salah satu faktor yg penting bagi menjayakan perusahaan tanaman naga ini. Sekian sahaja utk blog kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

 

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan