ke langkawi kita (day 1)

 hi! harini aku nak cerita pasai pengembaraan aku ke pulau langkawi! plan untuk pi langkawi sebenaqnya belaku waktu trip aku yang lepas kat penang tu. aku memang bercadang untuk pi ngan kawan aku berdua pastu aku dapat idea untuk ajak ramai ramai waktu kat penang tu. so dari dua orang jadi la kami sepuluh orang, ramai elok. untuk bagi smooth perjalan kami kat sana, ada sorang kawan aku yang tinggai kat langkawi tolong plankan, aktiviti, rumah, kereta, semua dia arrangekan. dia memang semangat bab buat plan ni.


so bermulalah trip kami, jumaat pagi geng kl naik train dari kl turun kat alor setaq. aku kelas lagi pagi tu depa sampai ja tengahari tu aku pun pi la ambik depa. lapan orang naik satu axia semua senang. memang padat tapi nak buat macamana tu ja ada. sampai rumah kami siap pi solat jumaat.


lepas solat makan kami pun naik feri dari kuala kedah pi langkawi. sampai ja kat sana kawan aku kat langkawi mai ambik kami and bagi reta untuk ke homestay. homestay dia besaq muat unutk kami semua and fasiliti dia lengkap. tiga bilik tidoq, dua bilik ayaq, alatan dapur, mesin basuh, air cond semua cukup. kami sampai kat homestay tu rehat rehat.


malam tu kami semua pi serbu kedai steamboat untuk penuh perut kami setelah lama tak makan. macam benda kami ambik sebab dia bekonsepkan buffet and dia ada sekali dengan grill. daging ngan ayam dia perap memenag sedap. memang berbaloi untuk perut perut kami yang lapaq ni. lepas tu kami plan untuk ke pantai cenang tapi hujan pulak so pi mamak lepak kat situ sampai la mamak tu nak tutup kedai pastu kami balik homestay tidoq. bersambung...๐Ÿ‘ป

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan