ke langkawi kita (day 2) : part 2

sambung cerita lepas dari island hoping tu. kami pun balik ke rumah kawan aku untuk makan mak ayah dia masak. memang sedap and kami pun lapaq gila buat macam macam aktiviti tak makan apa apa, breakfast pun nasik lemak sebungkuih ja. pi pekena macam kat rumah dia, sup daging ayam masak merah ikan goreng pastu hat paling best air asam pergh nikmat. 4 pinggan pun boleh pi sedap dia. lepas tu masing masing dah full and mengantuk so kami pun balik tidoq dulu.

malam tu kami siap untuk pi makan malam. nama kedai tu aku taktau tapi kami panggil kedai nasi goreng udang sebab menu utama dia tu. aku tak order nasi goreng udang tu sebab bajet takdak tapi kawan2 yang order tu memang nampak puas, udang dia besar elok. tapi dia ni nak buat ayaq kosong pun berjam kawan aku hat order ayaq lain dapat dulu walaupun depa mai lambat, mungkin ayaq bukit dia tahan aku tu yg lama.

lepas tu dah makan kat situ kami pi kedai satu lagi kat pantai cenang kedai kawan sekolah kami dulu. kami pi minum minum sambil menikmati hujan, baru ingat nak lepak tepi pantai tapi buat macam mana hujan ja nasib kami, dalam kedai pun jadi la. sembang punya sembang hujan pun dah seriyat kami beredar pulang ke homestay bagi merehatkan diri yang letih ini. bersambung...๐Ÿ‘ป

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan