Terengganu Travelling : Ep4

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera guys.. okay hrini kita sambung dengan tajuk kita.. tajuk kita hrini lgi menarik kerana kita akan melalui air untuk ke tempat itu.

Pulau Redang, a photo from Terengganu, West | TrekEarth
Pulau Redang

Bukan calang-calang ya Kuala Terengganu ni, agak banyak pulau menarik yang terdapat di sekitarnya, salah satunya adalah pulau yang cukup terkenal di negeri ini iaitu Pulau Redang. Berjarak 45 km dari kawasan daratan Kuala Terengganu, perjalanan untuk menuju ke sini sekiranya bertolak dari KT adalah dalam sekitar 1 jam, manakala dari Merang pula hanyalah 50 minit. Kalau anda nak tahu, di sekitar perairan pulau ini terdapat 2 lokasi kapal karam iaitu H.M.S Prince of Wales dan kapal H.M. Repulse yang karam ketika perang dunia ke-2. Kalau anda pandai menyelam skuba, memang syok habis dapat explore apa yang ada di sini. Anda juga dapat melihat sunrise di pulau ini..

Long beach@ Pulau Perhentian Malaysia. Idyllic island with crystal ...
Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terdapat dua pulau iaitu kecil dan besar.. kedua2nya berada berhampiran. di pulau2 ini tedapat bnyak tempat yang patut dikunjungi.. contohnya titik penyu, teluk dalam dan pulau tokong burung.

Beaches on Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah

Terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, pulau yang terletak di dalam Kuala Terengganu ini, Pulau Lang Tengah adalah sebuah destinasi pelancongan yang agak terkenal dalam kalangan pelancong. Untuk pengetahuan anda, pulau ini lengkap dengan beberapa buah chalet dan resort. Namun, sekiranya anda bercadang untuk bermalam di pulau ini, pastikan anda membuat tempahan lebih awal dan bukannya secara walk-in untuk mengelakkan masalah bilik penuh. Ini adalah satu kemungkinan besar terutama sekali sekiranya anda datang ketika musim cuti, memandangkan pulau ini merupakan pilihan ramai kaki scuba diving. Untuk ke sini anda boleh mengambil bot laju dari Merang, Setiu dengan masa perjalanan sekitar 30 ke 40 minit. Sampai sahaja di pulau ini anda akan disambut dengan keindahan persis di alam mimpi kawasan pantai dengan air kebiruan dan hutan yang mekar kehijauan.

Bidong Island : Terengganu Tourist Destination Reviews @ Malaysia
Pulau Bidong

Pulau Bidong adalah pulau yang unik untuk dilawati, nak tahu kenapa? Sebab pulau ini adalah sebuah pulau yang pernah menjadi tempat pelarian Vietnam ketika peperangan antara Vietnam dan Amerika pada tahun 1975. Jadi, kalau anda ke sini, dapatlah anda lihat bermacam sisa binaan atau bangunan terbiar seperti kedai-kedai, pejabat pos, bar, gereja dan banyak lagi! Bagi yang suka buat ‘ekspedisi berani’ membongkar lokasi terbiar, mailah ke sini. Untuk yang ‘ketaq lutut’ nak melawat kawasan terbiar ni, anda boleh sahaja memilih untuk bersantai di kawasan pantainya atau menyelam di banyak spot-spot menyelam best yang ada di sini, salah satunya adalah Blue Garden yang kaya dengan sejenis hidupan laut unik bernama Blue Anemone yang akan mengeluarkan cahaya biru dari badan mereka.

Sekian sahaja untuk kali ini.. amacam seronok tak kalau datang terengganu.. sekali pergi pasti nak pergi lagi.. episode yang terakhir akan bersambung selepas ini. sekian terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan