BOND CARTER LAST GAME RUGBY 7'S DI MATRIK SELANGOR

 YOUR TACKLE MUST BE LOW BUT YOUR AIM MUST BE HIGH

Haaa Assalamualaikum w.b.t semua harini aku nak berceloteh pasal kami student Alam ada game 7 sebelah di Matrik Selangor pada awal tahun ni. Sebenarnya blog ni agak menyedihkan sebab ni maybe blog aku yg terakhir pada masa terdekat. Don't worry geng aku akan cerita lagi kisah hidup aku kat atas kapal nanti.

Roomate aku (muka penat tau)

Mulanya, kami warga Alam ada 7 org je and tak tau nak pergi sana naik apa. Then, mak aku pon bagi keizinan untuk pinjam kereta dia untuk pergi ke sana. Mula pada Jumaat malam kami tidur kat rumah aku di Melaka and tepat lepas subuh pagi sabtu tu terus kami shoot ke Selangor. Kami jugak sempat sewa chalet kat area situ sebab maybe kami bole jalan2 selepas game rugby tu.


Skuad Subuh Alam

Terjumpa bestie aku kat sana

Baju kuning tu budak sekolah lama aku yang mewakili Matrik Melaka di sana. Alhamdulillah terubat jugaklah rindu aku kat diorg. Sepanjang kami kat sana seorang rakan kami bernama Nazmi Hakim, telah terkorban selepas berlanggar dengan seorang pak cik yang besar. Nazmi tu mengalami patah rahang di bahagian kiri mulut dan terpaksa diketepikan untuk beberapa perlawanan. Walaupun kami hanya bermain di peringkat Bowl tapi kami bole berbangga dengan permainan kami sebab kami bermain dengan sangat baik dan happy gameplay.

Tu dia wakil Orchsa RC

Yee tau semua hensem2. Tu semua total player-player yang ada, kalau nak ig diorg nanti dm la aku.
Pengalaman tu memang takleh bawak bincang geng sebab best gila sepanjang kami kat sana. Habis game tu pada pukul 7 malam hari ahad so, lepas habis game tu kami terus bergegas balik ke rumah sebab nak kene lapor balik ke Alam. Ada la jugak rasa proud feeling sebab member roomate dilantik as pemain terbaik (gambar kat bawah). 

Tu dia Canau (pemain terbaik)

Assalamualaikum semua, maybe ini blog aku yang terakhir untuk tahun ni so, aku harap korg yg baca ni dapat doakan untuk study aku sepanjang kat ALAM. Doakan jugak sahabat-sahabat aku kat sini supaya kami dapat lulus dengan jayanya. BYE.....ADIOUS! CIAO!



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ONE PIECE

Jom Masuk GUA...(Part 1)

Short trip to LATA BERANGIN, Kuala Krai, Kelantan