My life at ALAM

ASSALAMUALAIKUM

Cuti-cuti Corona ni rindu pulak dekat ALAM..So today Fadil nak ceritakan tentang First induction week dekat ALAM...bagi Fadil induction week lagi penat and stress berbanding minggu-minggu lain..So Fadil nak ceritakan perjalanan hidup Fadil kat ALAM..Let's go guys.

Buat korang yang tak tahu ALAM ni apa...ALAM ni ialah AKADEMI LAUT MALAYSIA...mesti mindset korang askar...no!!! bukan-bukan!!! Fadil pun ingat gitu mula-mula but ALAM ni produce kita jadi seafarer..Duty seafarer ni hanya membawa kapal-kapal yang berisikan barang,penumpang and banyak lagi..and we need to make sure benda yang kita nak hantar ni selamat sampai without any damages..Haaa gitu..

First week kat alam sumpah penat dengan induction week...mandi pun mandi kerbau jer sebab schedule padat...minggu tu muka and badan Fadil teruk gila..mula-mula masuk kan tak fit..kena punishment pagi petang malam..boleh koyak jugak Fadil..muka Fadil makin breakout lepastu botak pulak..memang stress..Masa tu fikir nak quit jer sebab jeles lah dengan member-member Fadil yang masuk universiti yang bebas..Contoh boleh simpan rambut,banyak masa free dan banyak lagi...


Tapi bila fikir balik,bazir masa jer fikir benda gitu sebab ada hikmah kenapa Fadil pilih path ni..Yer,Fadil bersyukur sebab dapat ALAM...So Fadil buang benda mindset buruk tu,sekarang ni Fadil fikir nak jadi seafarer yang berjaya..tu jer matlamat Fadil..

Habis saja induction week,sesi kelas pun bermula..before that,kitorang still pakai kemeja putih sebab uniform still on process..sebulan jugak tunggu uniform siap..ok back to class,alhamdullilah classmate Fadil ok jer semua..Fadil dah biasa kawan dengan orang luar negeri sebab kat MRSM dulu batch Fadil ramai orang luar..so Fadil boleh adapt lah dengan diorang..


About Fadil punya study pulak,fuhhh mula-mula Fadil fikir Fadil tak boleh go lah sebab ada satu subjek ni Terestial Navigation II (sem 1)..lecturer bernama Captain Monir daripada Negara Bangladesh..Dia punya English campur dengan accent dia..fuhhh memang tak faham langsung lebih-lebih lagi time dia buat lawak..sumpah hanya mampu senyum jer tapi tak faham apa-apa..tapi perkataan give up tak ada dalam hidup Fadil..Fadil try belajar sendiri,alhamdullilah dah boleh faham..


Selfie Roomate

Next,roomate Fadil pulak..diorang ok jer..gaduh-gaduh perkara kecil jer hahah..roomate Fadil dua berbangsa India dan empat berbangsa Melayu...Banyak diorang tolong Fadil,dalam bilik Fadil ada lah sorang orang dari pantai timur iaitu dari Terengganu..boleh lah cakap kelantan ngan dia..rasa selesa lah sikit ada teman yang boleh berbahasa dialek Kelantan..

Banyak kenangan jugaklah sem 1 tu..Ni antaranya
Group Fadil menang quiz

Ponteng cleaning shift(gotong-royong) setiap petang

Kena sidai dengan warden..best2

Riadah petang with classmate

Sukan with classmate

Sekarang ni Fadil sem 2..alhamdullilah sem 1 Fadil pass with better results..so Fadil mengharapkan sem 2 ni getting more better results,amin...insyallah..

So itu sahaja buat harini tq guys Assalamulaikum

Comments

Popular posts from this blog

Jom Masuk GUA...(Part 1)

ONE PIECE

F.R.I.E.N.D. (PART 2)