Dragon Boat -Part 1-

 

#EP10




Assalamualaikum geng!!
Okay,hari ni aku nak sambung lagi entry blog aku..kalau korang baca entry aku before this aku ada cakap tentang kerja part time aku sebelum aku masuk ALAM(akademi Laut Malaysia).So,aku ni boleh dikatakan suka benda2 lasak,bila masuk ALAM ni aku didedahkan dengan beberapa buah kelab untuk disertai..banyak2 kelab yang ada,aku tertarik kat satu kelab ni which is Cyclone Break Sea Recreation Club.korang nak tahu sebab apa?? Kelab ni banyak melakukan aktiviti2 yang aku rasa lain dari kelab yang ada kat ALAM ni.Contohnya,kelab ni ada menghantar wakil untuk perlawanan 'dragon boat' atau dikenali sebagai perahu naga.Selama ni aku tahu tentang perahu naga tu pon hanya dalam tv jer but now dah ada depan mata takkan la nak lepaskan peluang macam tu jer kan??Tanpa berfikir banyak aku pon join la kelab ni..😀😀

Okay,macam yang aku cakap tadi kelab ni ada hantar wakil untuk dragon boat an??Jadi,Aku bukan setakat join kelab ni jer malah aku join untuk pertandingan dragon boat ni jgak.First benda aku fikir nak masuk pertandingan ni aku ingatkan senang jer rupa-rupanya sebaliknya.Betulla orang cakap kejayaan takkan datang bergolek tanpa ada sebarang usaha.
 







Yeah,pada mulanya memang ramai giler yang nak masuk kelab ni sampai tak cukup kertas..😄😄hari pertama kitaorang semua dipanggil untuk turun ke 'boat house' oh lupa nak cakap boat house tu tempat kitaorang buat latihan..korang tengoklatu sampai tak cukup boat atas kerusi pon boleh..tapi bagi aku hari pertama ni pon dah penat giler maklumla dh lama tak guna stamina ni berat pon dh melambung..hahhaha..

Mula-mula kitaorang diajar cara pegang,cara dayung,ahhaaa aku ingatkan main benda ni boleh dayung suka hati..😅😅macam2 la aku belajar benda baru kat sini lagi2 tentang mendisiplin diri yang tak berapa disiplin ni..

Aku akui masuk kelab ni kena ada kekuatan bukan sekadar fizikal jer tapi mental juga kena kuat sebab benda ni la akan kita hadapi bila tiba masa kita bekerja nanti...setiap hari kitaorang kena turun on time sebab nak buat latihan dragon boat ni tapi semakin hari orang yang datang dah makin berkurang mungkin diorang tak tahan atau diorang ada sebab yang tersendiri yang aku pon tak tahu.Kadang2 aku pon rasa tak tahan mental ni hah makin hari latihan yang kitaorang buat semakin susah ..yelakan takkan la kita nak buat setakat tu jekan??untuk berjaya kita kena lawan limit kita..sSo korang rasa aku behenti kat sini jer atau sambung dengan latihan yang aku kena lalui ni??



....continue....



#JDTFOREVER













Comments

Popular posts from this blog

Jom Masuk GUA...(Part 1)

ONE PIECE

F.R.I.E.N.D. (PART 2)