penang maghi (Day 1)

 hi, harini aku nak cerita pasai pengembaraan aku ngan member member aku ke pulau pinang. seminggu aku kelas online kat rumah so aku rasa bosan and perlukan satu percutian untuk aku enjoy ngan member member aku so hari jumaat malam tu aku pun ajak la member aku. memang last minit plan ah ni tapi nasib baik member member aku nak join aku pi so esok pagi tu kami pun gerak. 


setelah dua jam drive akhirnya sampai la kami sekawan di pulau pinang. hari pun dah tengahari so kami teruih pi pekena nasi kandaq deen maju memang terbaik rasa dia tapi kena sabaq sebab beratuq dia macam ulaq panjang dia. 


lepas perut semua dah makin ke depan kami pun begerak ke komtar sebab depa kata ada benda alah rainbow skybrigde apatah nama dia aku pun lupa dah. so kami pi la nak naik sekali entrance fee dia tak masuk akal. lepas tu kami dah taktau nakbuat apa kami naik kereta pusing pusing tak tau nak pi mana, maklum tak plan apa apa pun. pusing punya pusing last last kami lepak kat padang kota sambil tengok laut kat situ pastu alang kat situ kami pun isi perut kami lagi dengan mee sotong patta. beratuq untuk mee sotong ni pun boleh tahan panjang dia dari pintu masuk medan selera  tu sampai ke kedai dia kat belakang tapi sapa pi penang tak rasa mee ni dia rugi, sedap elok. 


lepas dah makan kenyang dapat la idea nak pi street art, macam art yang ada and bangunan yang ada pun dah jadi satu art yang lawa. kami pun enjoy the view sambil tangkap gambar buat kenang kenangan..



malam tu pulak kami nak pi queensbay sebab nak sembahyang takut kat masjid tak boleh. lepas kami dah penat pusing2 beli belah sambil belanja mata kami pun gerak pi padang kota lagi. jalan nak pi memang jem and parking pun macam takdak. kami dah give up dah awai tu tapi alhamdulillah ada orang yang jaga parking tolong dapatkan parking kat kami. memang terbaik ah abang tu. so dah boleh parking kami pun gerak ke medan selera lama. 

masuk ja kat situ orang dia memang ramai and meriah. cari meja nak duduk pun susah sampai kena share dengan orang lain. kami duduk ja kat situ teruih ada orang mai ambik order sambil offer makanan hat dia juai, sotong bakaq la, mee sotong la, macam macam. kami decide untuk makan pasemboq kat situ memang ramai orang hat beratuq untuk pasemboq tu. 


setelah lama tunggu pasemboq pun siap. rasa dia sedap hingga menjilat jari, dah habis tu rasa nak lagi. lepas try kedai yang ramai orang beratuq tu kami try pulak kedai satu lagi yang tak berapa ramai, rasa kedai ni lagi padu dari sebelum tu. aku sebenaqnya nak makan kerang pi tanya semua habis, sedih. untuk orang yang kata pasemboq mahai bagi aku dia tak mahai pun kalau hang makan share ramai and pandai bajet waktu ambik tu.

makan punya makan, perut pun dah kenyang hati pun dah senang kami pun balik ke rumah abang aku kat seberang untuk tidoq. bersambung...   

Comments

Popular posts from this blog

Jom Masuk GUA...(Part 1)

ONE PIECE

F.R.I.E.N.D. (PART 2)